Suami Isteri Rebah Melihat 3 Anak Hangus Terbakar, Gara-gara Terlupa Tutup Dapur Sebelum Keluar Rumah.

Rasa duka yang mendalam di rasakan oleh sepasang suami isteri Ana dan Imam Muslim apabila ketiga anak lelakinya maut terbakar dalam sebuah kebakaran di kampung Suwaluh, jawa timur.

Dalam kejadian yang berlaku itu ketiga-tiga anaknya sedang nyenyak tidur, manakala kedua orang tuanya pergi ke masjid untuk menunaikan solat zohor.

Selepas pasangan suami isteri itu balik dari masjid, mereka mendapati rumah yang mereka diami telah hangus terbakar, lebih memilukan apabila ketiga-tiga anaknya maut terbakar dalam kejadian tersebut dan mayatnya di temui dalam keadaan memilukan.

Mangsa:
1.Faris umur 5 tahun
2.Abdan syakuro umur 3,1/2 tahun
3.Abdul rohman 2,1/2 tahun
Kronologi dan punca kejadian:

1.Pada sekitar jam 12 waktu indonesia, Ana dan suami keluar dari rumah untuk solat Zohor berjemaah di masjid dan ketiga-tiga anaknya tidur di dalam rumah dengan pintu terkunci dari luar.

2.Selepas balik dari solat di masjid pasangan suami isteri itu mendapati rumahnya sudah terbakar dan cuba di padamkan oleh orang awam, akan tetapi api yang terlalu besar sudah tidak dapat di kawal dan menghanguskan rumahnya sebelum bomba tiba di tempat kejadian.

3.Sekitar jam 12:45 api berjaya di padamkan dan mendapati ketiga-tiga anaknya telah hangus terbakar dua di antaranya dalam keadaan berpelukan.

4.Sebelum Ana berangkat ke masjid, dia sempat memasak air dan terlupa mematikannya sebelum meninggalkan rumah, disyaki punca kebakaran adalah letupan tong gas yang ditinggal pergi.

Bagaimanapun sekitar jam 8.57 malam di hari kejadian, ketiga-tiga mangsa adik-beradik itu dikebumikan dalam satu liang lahad selepas dibedah siasat.

Sebelum mayat mangsa di bawa, Ana ibu mangsa sempat meminta untuk melihat wajah ketiga-tiga anaknya itu untuk kali yang terakhir, tiada lagi kata yang terucap, hanya air mata yang mengalir perlahan melewati bibirnya yang masih pucat.

Gambar sekitar kejadian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.