Sultan Selangor Selamat Diijabkabulkan Dengan Norashikin Pembaca Berita RTM

Shah Alam – Sultan Selangor,  Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah selamat diijabkabulkan dengan Norashikin Binti Abdul Rahman, pada pagi Rabu.


Pasangan ini dinikahkan oleh Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Seri Haji Mohd Tamyes di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Menurut Dato’ Lela Bakti Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Dato Haji Mahamad Munir dalam satu kenyataan, majlis pernikahan Diraja ini diadakan secara sederhana dan ringkas atas titah Baginda.

Isteri baginda iaitu Norashikin merupakan seorang pembaca berita RTM.

Terdahulu, Sultan Johor pernah mendirikan rumah tangga dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal namun berpisah pada tahun 1988. Hasil perkahwinan itu, pasangan Diraja ini dikurniakan dua puteri bernama Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah.

Setelah itu, baginda berkahwin dengan Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah warga Amerika Syarikat pada tahun 1988 sebelum masing-masing mengambil keputusan untuk berpisah pada 1997. Baginda mempunyai seorang putera bernama Tengku Amir Shah.-The Kuala Lumpur Post
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.