Tahanan Dibenar Akad Nikah Di Dalam Balai Polis.
Setiap orang pasti menginginkan majlis pernikahan yang
sempurna bersama pasangannya kerana perkahwinan merupakan sesuatu yang di
anggap mulia dan merupakan salah satu penghijrahan ke arah kehidupan yang
berbeza.
Berbeza pula dengan apa yang berlaku kepada pasangan
Muhammad Harudin 20 tahun bersama tunangnya Marlena 19 tahun yang terpaksa
melangsungkan perkahwinan mereka dalam balai polis ibu kota Jakarta, Polis
Daerah Metro Jaya di Jakarta semalam.
Harudin merupakan seorang tahanan polis bagi kes kecurian
motosikal telah dibenarkan melangsungkan majlis akad nikah bersama tunangnya
dan mereka telah di nikahkan oleh Ketua Kampung pengantin perempuan yang
berasal dari Lampung iaitu sebuah pulau paling selatan di Pulau Sumatera,
Indonesia.
Media tempatan hari ini telah melaporkan bahawa perkahwinan
tersebut yang berlangsung dalam suasana menyedihkan itu turut di saksikan oleh
kedua-dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan.
"Hanya atas aspek kemanusiaan sahaja kita membenarkan
mereka mengakad nikah dan majlis itu hanya upacara nikah sahaja dn tidak lebih
dari itu," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Metro Jaya,
Budi Hermanto. Di katakan lagi polis
memberikan kebenaran untuk mengadakan majlis tersebut kerana atas permintaan
ibu bapa keluarga masing-masing yang memaklumkan bahawa Marlena sedang
mengandungkan anak Harudin.
Mereka di katakan sepatutnya bernikah di Lampung dan segala
persiapan untuk majlis kenduri perkahwinan mereka telah pun di aturkan oleh
keluarga mereka di rumah masing-masing, namun mejlis tersebut terpaksa di
batalkan kerana Handuri tidak dapat pulang ke Lampung kerana telah di tangkap
oleh polis 3 hari sebelum majlis perkahwinan mereka ketika sedang berurusan
untuk menjual motorsikal curi di Jakarta.
Oleh kerna kejadian tersebut, majlis perkahwinan mereka
terpaksa di batalkan dan pihak keluarga terpaksa membuat rayuan kepada pihak
polis agar pasangan tersebut tetap di ijab kabulkan atas sebab Marlena telah
hamil empat bulan.
Katanya, setelah rayuan mereka telah di terima ,pihak
keluarga telah menyewa kereta untuk berangkat dari Lampung Timur ke Jakarta dan
terpaksa menempuh perjalanan jauh demi menyaksikan pasangan tersebut bernikah.
"Kami berangkat dari sana pukul 9 malam dan hanya
sampai ke Jakarta pada pukul 7 pagi dan saya turut menasihati Hairudin supaya
insaf kerana terpaksa melangsungkan acara yang mulia di tempat yang tidak
sesuai iaitu dalam lokap polis," katanya.
Sebaik majlis akad nikah tersebut selesai, mereka terpaksa meninggalkan
Hairudin dalam lokap kerana tempoh tahanan pengantin lelaki itu masih panjang
kerana kesnya masih belum didakwa di mahkamah.
Ulasan
Catat Ulasan