Tak Sangka Rakan Serumahnya Curi Baju Dan Seluar Dalam.

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Disebabkan terpikat dengan pakaian dalam wanita rakan serumahnya, Mohamad Firdaus Mohsin mencurinya dan mengaku bersalah di Mahkamah Majistrest di sini pada Rabu, sekali gus dikenakan hukuman penjara tiga bulan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu ke atas Firdaus, , 27, selepas dia mengaku bersalah mencuri baju dan seluar dalam wanita keseluruhan bernilai RM400 milik Goh Yee En, 21, rakan serumahnya di sebuah unit kondominium, Jalan Danau Saujana, Setapak pada 5 petang, empat hari lalu.

Mahkamah memerintahkan Mohamad Firdaus menjalani hukuman itu dari tarikh tangkapan iaitu pada 10 September lalu.

Tertuduh yang merupakan seorang pembantu dapur sebuah hotel didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda, dan hukuman penjara serta denda bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya.

Terdahulu, menurut fakta kes, Goh, seorang pelajar koleh swasta mendapati beberapa pakaian dalam miliknya hilang dari bilik namun tidak menjumpai kesan ceroboh memandangkan tombol pintu biliknya masih dalam keadaan baik.

Goh yang curiga telah memasang kamera web dan ketika melihat rakamannya mendapati kelibat lelaki yang tinggal di bilik bersebelahan sedang berada di dalam biliknya dan mengambil pakaian dalam miliknya.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah masuk ke dalam bilik Goh menggunakan kunci yang tertinggal dan mengaku mengambil kesemua pakaian dalam itu kerana kelihatan cantik.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikir Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk penjara sebagai pengajaran kepada tertuduh dan mengambil kira faktor barang yang dicuri adalah pakaian dalam wanita.

Mohamad Firdaus yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia baru melangsungkan pertunangan. - mStar Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.