Tindakan Seorang Ustaz Membawa 8 Pelacur Ke Dalam Sebuah Bilik Hotel.

Seorang ustaz yang juga merupakan pensyarah universiti yang berusia 40 tahun telah membayar 8 pelacur dan di bawa ke dalam sebuah bilik hotel.

Membawa 8 pelacur kedalam Sebuah bilik hotel tentu dilihat sangat pelik oleh setiap orang, namun ustaz tersebut hanya menebalkan muka demi niat di dalam dada.

Kerana sudah di bayar ustaz itu tentu boleh saja melakukan apa saja kepada 8 pelacur tersebut, di dalam bilik tersebut, kelapan pelacur itu merasa pelik, ustaz pun meminta mereka duduk di atas tilam sebelum mengambil alas tilam untuk menutup aurat mereka.

“Tolong tutup aurat kamu semua dengan kain ini, saya tidak mahu melihatnya” kata ustaz itu.

Ke 8 pelacur tersebut menurut saja dan tidak lama selepas itu ustaz itu mula membuka mulut dan menasihatkan mereka dengan panjang lebar tentang buruknya perangai yang mereka lakukan, tentang duit haram dan dosa kelakuan mereka serta dosa anak yang derhaka kepada orang tua tidak lupa dengan bahaya penyakit seks bebas.

“Cuba kamu bayangkan kalau anda semua memiliki anak seperti kamu, kamu nak tak? cuba bayangkan kalau ibumu tahu tentang pekerjaan kamu ini tentu hati mereka sakit dan malu, inikah balasan pada ibumu yang susah payah membesarkan dan mendidik kamu?”

“Ibumu membesarkanmu dengan penuh pengorbanan dan mendidikmu siang malam dengan penat lelah dan penuh penderitaan, lalu menyekolahkanmu untuk jadi sampah seperti ini?”

“Saya benar-benar hairan, betapa jahatnya kamu semua pada ibumu, kamu sanggup mengkhianati mereka, kamu mempersiakan pengorbanan mereka”

“Kamu tahu tak, ketika kamu sedang melakukan pekerjaan kotor ini dan dapat duit haram, ibumu sebenarnya sedang menjerit menangis di rumah, didalam kubur, kamu tahu tak, sekarang ini api neraka sedang menunggu kamu semua!”

Sekitar 2 jam di nasihatkan, tangisan mula terdengar di ruang bilik itu, semua menyedari dan menyesali perbuatan mereka, satu persatu mereka menceritakan kisah hidup mereka hingga menjadi seorang pelacur, ada yang bermula dari mangsa rogol, kecewa ditinggal suami, kurang perhatian dari orang tua, dipandang rendah kerana miskin, masalah ekonomi, ada pula yang dipaksa suami.

Seminggu kemudian, ustaz tersebut membuat lawatan semula dan mengunjungi rumah pelacur itu, alangkah terkejutnya dia apabila 8 nama pelacur yang tempoh hari di tempahnya telah pun keluar dari kerja terkutuk tersebut.

Hubungan komunikasi mereka terus berjalan sampai beberapa bulan melalui laman media sosial dan handphone, hinggalah ustaz tersebut menziarahi ke 8 kampung pelacur tersebut dengan bergilir-gilir untuk memastikan mereka berada di jalan yang benar.

8 perempuan yang masih muda dan memiliki wajah yang cantik itu kini telah berubah, ada yang berniaga, kerja kilang dan lain-lain dan mereka mengaku merasa bahagia selepas keluar dari pekerjaan kotor mereka.

Dari 8 pelacur itu seorang terpaksa melacurkan diri atas arahan suami, malah dia juga di ugut oleh suaminya di ceraikan jika enggan untuk melacur semula, ustaz tersebut menyuruhnya untuk bercerai, kerana suami telah menjerumuskan isterinya ke dalam lembah yang paling hina” alangkah bodohnya suami kamu, isteri sudah sedar tetapi tidak menerima, bermakna dia adalah manusia berhati syaitan, minta cerai dengan dia dan saya akan tolong kamu carikan jodoh”katanya

Diselar mendengar cerita, kami sempat bertanyakan bagaimana ustaz tersebut berjumpa dengan 8 pelacur itu, beliau berkata.

“Saya tidak tahu, saya hanya kebetulan melalui di kawasan itu dan masuk ke dalam, awalnya saya tidak tahu nak buat apa, tapi bila saya tengok wajah mereka, masyaAllah.. wajah mereka nampak terseksa di situ, tapi tidak tahu bagaimana cara keluar dan bagaimana cara untuk memulakan semula hidup baru, entah bagaimana hati saya terdetik kuat mengatakan mereka takut dan perlukan petunjuk jalan, saya kemudian berniat cuba membimbing mereka bermula dengan perkataan bismillah. katanya.

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.