Tip Untuk Wanita, Nak Bibir Kemerah-Merahan Tanpa Perlu Pakai Lipstick, Boleh Cuba Cara Ini.

Bibir hitam kebiasaanya dikaitkan dengan tabiat merokok. Nikotin yang terdapat di dalam rokok dikatakan punca bibir berubah warna menjadi kehitam-hitaman. Namun, tak semua yang berbibir hitam disebabkan merokok.

Buat anda yang menghadapi masalah ini, bolehlah cuba cara berikut. Lepas ni tak perlu pakai lipstick tebal-tebal lagi. Selamat mencuba!

1. Kurangkan pengambilan kopi

Elakkan dari minum kopi atau teh secara berlebihan. Ianya bukan hanya menjadikan bibir anda hitam malah ia juga akan menjadikan gigi anda kuning.

2. Kurangkan dari terkena pancaran matahari yang terik

Sapukan produk penjagaan bibir sebelum keluar rumah.

3. Jenis lipstick yang digunakan

Sebaiknya gunakan lipstick yang mengandungi butter, shea butter, minyak jojoba atau vitamin E kerana ia membantu anda melembabkan bibir serta melindungi bibir.

4. Gunakan Makeup Remover yang berkualiti

Pastikan anda menggunakan lip makeup remover yang berkualiti bagi mencegah dari bibi anda kering.

5. Buat skrub bibir sendiri

Letak sedikit pada berus gigi anda dan gosok berus tersebut secara perlahan pada bibir.

Cara ini dapat membuang sel-sel mati yang rosak atau kering daripada bibir.

6. Minum air

Minum air secukupnya untuk memastikan kulit anda sentiasa lembap dan tidka kering. Apabila kulit kering, bibir akan menjadi kering dan hitam.

7. Urut bibir anda sekerap yang mungkin

Bibir yang selalu diurut akan kekal merah. Ambil satu kiub ais dan letak dalam kain lembut. Urut selama 5 minit, setiap hari.

8. Elak Air Berklorin

Bilas bibir dengan bersih selepas anda pergi berenang kerana klorin juga bertindak mengurangkan pigmentasi dalam bibir.-Sumber: Sirap Limau

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.