Video Lelaki Menikam Empat Orang Awam Dengan Pisau Pemotong Daging

eorang lelaki bertindak ganas apabila menyerang empat orang awam secara rawak dengan menggunakan pisau pemotong daging sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa terlibat.

BERISSO - ARGENTINA – Seorang lelaki bertindak ganas apabila menyerang empat orang awam secara rawak dengan menggunakan pisau pemotong daging sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa terlibat.


Difahamkan, kejadian menakutkan tersebut berlaku kira-kira 10:00 pagi semalam waktu tempatan di Berisso berhampiran dengan La Plata.

Menerusi klip rakaman CCTV, suspek berkenaan yang dikenali sebagai Nicolas Valdemar , 26, dilihat menikam seorang wanita secara rawak dan meninggalkannya seorang diri.

Selepas itu, Veldemar dilihat menaiki motosikal dan turut melancarkan serangan bagi menakutkan seorang pesara berusia 89 tahun yang ketika itu baru sahaja keluar dari sebuah kedai.

Bagaimanapun, seorang wanita berusia 54 tahun bergegas keluar dari sebuah kedai kek untuk membantu pesara terbabit namun Valdemar bertindak ganas dan turut menikam wanita berkenaan sebanyak 20 kali.

Seorang pemandu teksi kemudiannya membunyikan hon kenderaannya dan menjerit kepada penyerang berkenaan selepas melihat aksi ganas itu bagi menghentikan tindakan tersebut.

Namun suspek terbabit kemudiannya bertindak untuk menikam pemandu teksi berkenaan melalui tingkap.

Pemandu teksi berkenaan lantas menghubungi rakannya melalui radio teksi bagi meminta pertolongan dan suspek serangan rawak terbabit berjaya ditahan selepas itu.

Dalam pada itu, tiada mangsa dilaporkan maut ketika kejadian berkenaan malah tiga daripada empat individu yang berada dalam keadaan serius sebelum ini dilaporkan semakin stabil.

Selain itu, rakaman CCTV berkenaan turut menunjukkan suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah atau mengalami masalah psikologi dengan menyasarkan mangsa secara rawak.- Sinar Harian

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,403,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,22,Berita Menarik,976,Berita Semasa,1353,Islam,104,Kantoi Luar Negara,18,Kes Kantoi,436,Kes Rogol,356,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1207,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,354,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,548,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,39,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Video Lelaki Menikam Empat Orang Awam Dengan Pisau Pemotong Daging
Video Lelaki Menikam Empat Orang Awam Dengan Pisau Pemotong Daging
eorang lelaki bertindak ganas apabila menyerang empat orang awam secara rawak dengan menggunakan pisau pemotong daging sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa terlibat.
https://3.bp.blogspot.com/-Ht-q8yISDRU/V8umCI-RGMI/AAAAAAAAPYc/wlHrzDjmg3A7HLYaNGTGlWYZkv0IhRMvwCLcB/s320/W%2BJ.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-Ht-q8yISDRU/V8umCI-RGMI/AAAAAAAAPYc/wlHrzDjmg3A7HLYaNGTGlWYZkv0IhRMvwCLcB/s72-c/W%2BJ.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/09/video-lelaki-menikam-empat-orang-awam.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/09/video-lelaki-menikam-empat-orang-awam.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy