Video Pelajar Sekolah Agama Teruk Dipukul Kejadian Berrlaku Di Sebuah Sekolah Agama...

Kuala Lumpur – Sebuah rakaman video menunjukkan seorang pelajar dibuli teruk dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama tersebar di laman sosial.

Rakaman berdurasi 2 minit 28 saat yang dimuat naik di laman Facebook 17 jam lalu menunjukkan seorang pelajar lelaki ala samseng bertindak memukul seorang pelajar lain di dalam sebuah bilik darjah sambil diperhatikan oleh rakan-rakan sekelas mereka.

Menerusi video tersebut, mangsa yang terbaring di atas lantai akibat dipukul dilihat cuba bangun dan mengambil songkok miliknya, sementara si pembuli dilihat berdiri di hadapannya.

Bagaimanapun, pembuli dilihat masih tidak berpuas hati apabila mangsa cuba untuk beredar dari situ, sebelum dia bertindak menumbuk bertubi-tubi dibahagian muka dan kepala mangsa mengakibat mangsa terjatuh ke lantai.

Tidak cukup dengan itu, suspek terus mengambil sebuah kerusi plastik lalu memukul mangsa dengan kuat. Kedengaran suara murid lain menjerit selepas melihat tindakan si pembuli melempar kerusi pada mangsa.

Aksi ala ganster itu berterusan apabila pembuli terus menarik baju mangsa, mencekik lehernya, menampar muka serta menolak mangsa ke lantai, meskipun jelas kelihatan mangsa tidak langsung melawan.

Tidak puas dengan itu, pelajar tersebut yang seolah ‘dirasuk hantu’ turut menengking murid-murid lain yang hanya melihat insiden tersebut.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah Sekolah Agama Putatan, Sabah.

Video berkenaan sehingga kini dikongsi lebih 20,000 pengguna Facebook. Rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan pelajar berkenaan, selain menggesa polis dan pihak berwajib menyiasat insiden tersebut.

Budak Sekolah Agama Belasah Rakan Sekelas oleh mynewshub

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.