Video Pengawal Penjara Wanita Diserang Banduan Lelaki.

Brasilia – Seorang pengawal wanita di sebuah penjara di Brazil mengalami detik-detik mencemaskan apabila diserang secara mengejut oleh beberapa banduan lelaki.

Insiden itu yang dirakamkan menerusi video keselamatan dan disiarkan oleh laman perkongsian video LiveLeak, menunjukkan pengawal berambut perang itu pada mulanya sedang menyusun pinggan di depan lokap yang dihuni empat orang banduan.

Ketika wanita itu sedang tunduk untuk mengeluarkan pinggan daripada sebuah kotak, seorang daripada banduan bertindak menarik rambutnya.

Seorang lagi rakan banduan itu kemudiannya cuba memegang pengawal tersebut sebelum melarikan diri ke bahagian belakang lokap.

Pengawal itu bernasib baik apabila seorang rakan setugasnya memberi bantuan dengan mengacukan pistol ke arah banduan terbabit untuk berundur.

Mangsa yang berasa marah dengan kejadian itu turut mengeluarkan pistol, tetapi kemudiannya beredar.

Tarikh sebenar kejadian tidak diketahui tetapi dipercayai berlaku pada tahun ini di sebuah penjara di Brazil.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.