Video Remaja Bakar Diri Sebelum Terjun Dalam Sungai.

Sekumpulan remaja di sanggup bertindak bodoh semata-mata mahu mendapat perhatian dalam laman sosial apabila sanggup membakar diri sebelum terjun ke dalam sungai.

Aksi gila itu dipercayai berlaku di bandar Penza, barat laut Rusia apabila dua video yang menunjukkan perbuatan kumpulan remaja terbabit di atas sebuah jambatan dikongsi dalam laman sosial. Menurut portal Mail Online, video pertama menunjukkan seorang remaja dicuruh dengan bahan mudah terbakar sebelum rakannya menyalakan api.

Ketika api sedang marak membakar remaja berkenaan, dia kemudiannya melompat ke dalam sungai untuk memadamkan api tersebut. Video kedua pula dirakam dari kawasan bawah jambatan yang menunjukkan aksi berani dua remaja lelaki melompat ke dalam sungai dalam keadaan terbakar.

Bagaimanapun dua remaja itu berenang di dalam sungai dan kelihatan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat perbuatan mereka itu. Menerusi rakaman itu, kedengaran seorang daripada remaja mengakui dia mahu melakukan aksi bahaya tersebut dengan harapan mendapat banyak “like” dan ditonton oleh ramai orang dalam laman sosial.

“Kami mengambil idea ini daripada seorang penulis blog dan berharap mendapat perhatian ramai orang,” katanya. Namun aksi mereka itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa dan seorang daripada remaja terbabit kini ditahan oleh polis untuk siasatan lanjut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.