Sabtu, 3 September 2016

Wanita Kahwin Remaja Buat Laporan Polis!! Difitnah Terpaksa Kahwin Kerana Ada Hubungan Ierlarang

Baru 10 hari berkahwin, Dayang Sopiah Gusti, 40, dan suaminya yang juga seorang remaja, Mohd. Sofi Mat Ali, 18, terpaksa berdepan dengan cabaran apabila ada segelintir masyarakat yang memandang serong perkahwinan mereka berikutan penyebaran berita palsu yang didakwa berunsur fitnah di laman sosial.

Janda kahwin remaja dakwa difitnah

Dayang Sopiah berkata, berita palsu tersebut yang disebarkan di laman Facebook oleh pemilik akaun Kisah Viral mengatakan kononnya dia dan suami terpaksa berkahwin kerana telah mempunyai hubungan terlarang sebelum ini.

Sehubungan itu, Dayang So­piah yang merupakan janda anak lima bersama suaminya, Mohd. Sofi Mat Ali, 18, hadir di Balai Polis Kuala Penyu hari untuk membuat laporan terhadap pemilik akaun tersebut.

“Saya mahu tahu sangat siapa di sebalik penyebaran berita itu. Kalau tahu semua yang terlibat tentu dapat tahu dari mana bermulanya viral itu dan apakah motif mereka.

Kadang-kadang saya stress dan sakit hati. Anak sulung saya yang bersekolah di tingkatan empat juga terkejut dengan perkara itu manakala anak saya seorang lagi yang bakal menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tertekan,” katanya kepada Utusan Malaysia melalui aplikasi Whatsapp hari ini.

Kisah perkahwinan pasangan tersebut yang berasal dari Kampung Mansud, Kuala Penyu menjadi viral dan dianggap luar biasa berikutan Dayang Sopiah yang mempunyai lima anak dalam perkahwinan sebelum ini berkahwin dengan suaminya yang 22 tahun lebih muda.

Dayang Sopiah berkata, dia dan suaminya akan membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Beaufort agar penyebaran berita palsu itu dapat dihentikan.

Dalam pada itu katanya, meskipun banyak cabaran dite­rima termasuk pandangan serong segelintir penduduk kampung, dia dan suaminya tetap menjalani kehidupan seperti biasa dan hubungan mereka tidak sedikit pun renggang.

“Hubungan kami ok. Cuma saya harap tiada lagi pihak yang buat berita palsu seperti ini,” jelasnya.- Utusan Online