3 Video Pelancaran Konvoi Bersih 5 Diserang Jamal Yunos Dan Gang Baju Merah

Pelancaran Konvoi Bersih 5 di Lumut, Perak bertukar kecoh apabila penyokong Bersih diganggu oleh penyokong Baju Merah.

Pelancaran Konvoi Bersih 5 di Lumut, Perak bertukar kecoh apabila penyokong Bersih diganggu oleh penyokong Baju Merah.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH, Jay Jay Denis memberitahu Astro AWANI bahawa kejadian berlaku selepas pelancaran konvoi itu kira-kira jam 9.30 pagi di Marina Wings Waterfront.

Menurutnya, kira-kira 50 penyokong Baju Merah berarak ke lokasi berkenaan sambil melaungkan "Mati Bersih, Hidup Merah." "Polis menasihati saya agar kami meninggalkan tempat itu supaya tidak memburukkan keadaan. Jadi kami pun bersurai.

"Namun, penyokong Baju Merah bertindak mengepung kereta saya dan menghalang kami daripada meninggalkan tempat. Polis kemudian membantu kami meninggalkan kawasan," katanya kepada Astro AWANI.

Konvoi Bersih 5 kemudian diteruskan menghala ke arah Sitiawan dan Ayer Tawar, namun Jay Jay mendakwa mereka terus diganggu penyokong Baju Merah.
"Selepas 10 minit, konvoi kami tiba di stesen Petronas di Sri Manjung, kira-kira 50 penyokong Baju Merah yang menunggang motosikal dan menghampiri kenderaan dalam barisan konvoi, sambil menjerit-jerit ke arah kami serta menarik bendera yang ada pada kenderaan konvoi."

"Ada juga mereka yang menendang kereta kami dan menumbuk cermin hadapan kenderaan," katanya. Peneraju gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos juga didakwa kelihatan bersama penyokong Baju Merah di Lumut.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah turut mengecam tindakan penyokong Baju Merah yang disifatkan sebagai tindakan berbentuk gangsterisme.

"Perbuatan ini tidak boleh diterima. UMNO perlu menjawab mengapa mereka mempunyai gangster di dalam parti mereka dan mengapa mereka membenarkan budaya samseng seperti ini berlaku." 

"Malah, saya berpendapat kerajaan juga perlu mengecam tindakan sedemikian kerana Malaysia bukan negara samseng," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Selain itu, Maria turut memaklumkan bahawa seorang penyokong Bersih juga dibaling batu oleh penyokong Baju Merah di Arau, Perlis. Ujarnya, pihaknya sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang atas mereka yang bertanggungjawab.

"Polis tidak perlu menunggu Bersih membuat laporan polis. Mereka sebenarnya sudah boleh menahan mereka yang memulakan kekecohan seperti ini," katanya. Konvoi Bersih 5 dijalankan secara serentak di seluruh negara bermula hari ini.-Astro AWANI

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,402,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,21,Berita Menarik,975,Berita Semasa,1350,Islam,104,Kantoi Luar Negara,17,Kes Kantoi,435,Kes Rogol,355,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1204,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,353,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,547,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,38,
ltr
item
Wartawan Jalanan: 3 Video Pelancaran Konvoi Bersih 5 Diserang Jamal Yunos Dan Gang Baju Merah
3 Video Pelancaran Konvoi Bersih 5 Diserang Jamal Yunos Dan Gang Baju Merah
Pelancaran Konvoi Bersih 5 di Lumut, Perak bertukar kecoh apabila penyokong Bersih diganggu oleh penyokong Baju Merah.
https://1.bp.blogspot.com/-TrwXXj2VOJU/V_BoB4tzjJI/AAAAAAAARMk/Vq-XgMycbC0n7U50q19Ta0PKm6qKu-sywCLcB/s320/14525110_1196018667103548_6555993752782959354_o.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-TrwXXj2VOJU/V_BoB4tzjJI/AAAAAAAARMk/Vq-XgMycbC0n7U50q19Ta0PKm6qKu-sywCLcB/s72-c/14525110_1196018667103548_6555993752782959354_o.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/10/3-video-pelancaran-konvoi-bersih-5.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/10/3-video-pelancaran-konvoi-bersih-5.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy