4 Cara Ini Mampu Menyembuhkan Sakit Gigi Dengan Cepat.

Sakit gigi merupakan salah satu sakit yang di senaraikan sebagai sakit yang mengerikan buat kita.
Sakit gigi merupakan salah satu sakit yang di senaraikan sebagai sakit yang mengerikan buat kita. Kesan kepada kita apabila mengalami sakit gigi adalah seperti mengalami kesukaran untuk tidur kerana apabila sakit gigi menyerang akan membuatkan kita merasai sakit yang teramat sangat sehinggakan bukan sahaja mengganggu tidur malah mampu membuatkan kamu berubah sikap menjadi seorang yang pemarah.

Terdapat pelbagai penyebab yang boleh di kaitkan dengan sakit gigi, antara penyebab yang sering kita dengar adalah gusi membengkak, gigi rosak, tulang gigi patah, gusi mengalami jangkitan merupakan penyebab kerosakan yang terakhir, ini terjadi adalah kerana berlakunya pengeseran gigi atau mengunyah gula-gula getah untuk tempoh yang lama.

Intensiti kesakitan boleh berbeza-beza, bermula dari sakit ringan, yang umumnya sakit berpunca dari sensitiviti gigi akibat hubungan langsung dengan makanan mahu pun minuman panas atau sejuk dengan gigi, sakit tajam, sakit berdenyut pula sakit terus menerus.

Walaupun berjumpa doktor merupakan alternatif yang wajib kita lakukan apabila mengalami sakit gigi. namun begitu terdapat beberapa cara bagi nengatasi sakit gigi sehinggalah kamu sempat membuat janji temu dengan doktor.

1. Cengkih atau minyak cengkih.
Titikkan beberapa titis minyak cengkih pada gigi yang sakit, tapi lakukan dengan berhati-hati supaya kamu tidak tertelan minyak tersebut. Jika kamu tiada minyak cengkih, kamu boleh saja menggantikannya dengan cengkih. Gigit perlahan-lahan 12 biji cengkih sehingga kamu mendapat minyaknya untuk di letakkan pada gigi yang sakit. Tapi ingat bahawa cengkih hanya mengurangkan rasa sakit gigi tetapi tidak mampu menyembuhkan sakit gigi kamu.

2. Bilas dengan menggunakan air garam panas.
Masukkan 1 sudu teh garam ke dalam satu gelas air panas dan kacaukan sehingga garam larut sepenuhnya. Masukkan air garam tersebut di sekitar gigi yang sakit dan kumur-kumurkan menggunakan air garam tersebut untuk menghilangkan sisa-sisa makanan.

3. Bawang putih.
Hancurkan satu ulas bawang putih untuk diletakkan pada gigi yang sakit. Bawang putih memiliki sifat analgesik juga antiseptik yang kuat untuk meredakan sakit gigi serta-merta.

4. Uncang teh.
Ini merupakan ubat tradisional yang di gunakan oleh kebanyakkan orang untuk tujuan melawan sakit gigi. Letakkan uncang teh yang panas di sekeliling gigi yang sakit.

Walaupun rasa sakitnya telah beransur hilang tetapi kamu mestilah pergi berjumpa dengan doktor kerana sakit gigi merupakan klasifikasi luaran seandainya terdapat sesuatu yang serius berlaku pada gigi kamu.-Healthy Food Team.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.