Sabtu, 1 Oktober 2016

4 Gambar Dan Video Model Cantik Menjadi Buta Dan Gila Akibat Menggunakan Contact Lens Seperti Ini

Sungguh malang nasib yang menimpa seorang model cantik Permata Dona berusia 23 tahun apabila kedua-dua matanya menjadi buta akibat daripada tabiatnya yang suka memakai contact lens.

Tidak cukup dengan itu, kini Dona terpaksa di pasung kerana mengalami tekanan perasaan sehingga mengakibatkannya menjadi gila kerana tertekan dengan apa yang menimpanya.

Dona yang merupakan seorang model di jaga oleh ibunya sendiri di rumah sewa mereka. Menurut cerita ibu kepada Dona, dia terlalu kerap menggunakan contact lens sehinggakan ketika tidur pada waktu malam pun dia masih memakai contact lens tersebut dan tidak mahu menanggalkannya.

Bermula dengan gejala gatal-gatal di mata dan merah, Dona hanya membiarkannya dan yakin gejala itu akan hilang dengan sendirinya sehinggalah pada suatu malam ketika Dona menaiki motorsikal, dia telah terbabas kerana penglihatannya menjadi gelap secara tiba tiba.

Sejak dari kejadian itulah Dona tidak boleh melihat lagi, namun begitu penderitaan Dona tidak berakhir di situ malah kebutaan tersebut telah membuatkan jiwa dona terganggu.

Dona telah mengalami gangguan jiwa dan kerap menyakiti dirinya sendiri dengan memukul serta mencekik hingga mencakar wajahnya sendiri.

Akibat daripada perbuatannya itu, wajah serta tubuhnya penuh dengan luka-luka, bagi mengatasi sikap Dona itu menyebabkan ibunya terpaksa mengikat kaki dan kedua tangan Dona supaya dia tidak boleh melakukan perkara yang boleh membahayakan nyawa gadis malang ini.

Ibunya yang berusaha untuk memulihkan anaknya itu masih belum menemui jalan terbaik merawat Dona walaupun kesemua harta benda telah di jual bagi menampung perbelanjaan rawatan anak gadis tunggalnya itu namun tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa anaknya itu akan pulih.

Katanya lagi, untuk menenangkan dona, ibunya terpaksa memberikan ubat dengan dos tinggi yang di berikan oleh doktor.

Sehingga kini tiada apa yang mampu dilakukan selain berharap keajaiban dari tuhan, dan berharap ada dermawan yang mahu  membantu bagi membiayai rawatan anaknya itu.

Gambar sebelum buta