5 Suri Rumah Ditahan Ketika Berpesta Dadah.

Aktiviti tersembunyi beberapa suri rumah yang sering berkumpul di dalam sebuah rumah sewa di daerah Tambakreja, Cilacap di Jawa Tengah akhirnya terbongkar apabila mereka ditahan ketika asyik berpesta dadah.

Aktiviti tersembunyi beberapa suri rumah yang sering berkumpul di dalam sebuah rumah sewa di daerah Tambakreja, Cilacap di Jawa Tengah akhirnya terbongkar apabila mereka ditahan ketika asyik berpesta dadah.

Media dalam talian memetik Ketua Pasukan Khas Dadah Polis Cilacap, Sumanto sebagai berkata dalam serbuan pada pukul 7.30 malam itu, kelima-lima wanita berstatus suri rumah berkenaan sedang khayal mengambil dadah.

Katanya, polis turut merampas dua bungkusan plastik berisi dadah jenis sabu seberat 2.5 gram, satu set peralatan hisap dadah yang diperbuat daripada botol minuman, satu alat timbang dan wang tunai berjumlah Rp1 juta (kira-kira RM300).

“Bertindak atas maklumat, polis telah membuat intipan selama sebulan sebelum menyerbu sebuah rumah sewa yang dipercayai dijadikan sebagai pusat pesta dadah bagi golongan kaum wanita,” katanya.

Menurutnya, kelima-lima suri rumah berkenaan berumur antara 26 dan 40 tahun berasal dari beberapa wilayah luar Cilacap termasuk Jakarta dan Bogor.

Beliau berkata polis sebelum itu menerima maklumat masyarakat mengenai kejadian pesta dadah di sebuah rumah sewa dan menahan seorang wanita minggu lepas.

Polis kemudian membuat intipan selama sebulan sebelum menahan lima wanita terbabit yang kerap datang untuk bertemu dan menghisap dadah secara beramai-ramai.

Hasil ujian air kencing mendapati kelima-lima wanita positif dadah jenis ampethamin dan mereka didakwa mengikut Undang-undang Penggunaan Dadah yang membawa hukuman lima tahun penjara.


Katanya polis masih menjalankan siasatan mengenai bekalan dadah yang mereka perolehi dan percaya sindiket berkenaan dapat ditumpaskan di daerah itu tidak lama lagi. – Bernama

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,442,Artis Dalam Negara,87,Artis Luar Negara,41,Berita Menarik,1129,Berita Semasa,1522,Binatang,6,Curang,6,Dera,5,Gambar,18,Islam,118,Kantoi Luar Negara,36,Kejam,35,Kemalangan,16,Kes Bunuh,35,Kes Kantoi,487,Kes Rogol,389,Kesihatan,96,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1358,Makanan,5,Maksiat,7,Movie,4,Movie Trailer,4,Perang,4,Politik,224,Politik Dalam Negara,30,Politik Luar Negara,5,Puasa,9,Pukul,9,Rogol Dalam Negara,18,Rogol Luar Negara,29,Rumah Tangga,372,Sedih,9,Seram,5,Sukan,149,Sukan Dalam Negara,14,Sukan Luar Negara,14,Sumbang Mahram,2,Video,636,Video Dalam Negara,47,Video Kantoi,31,Video Luar Negara,86,
ltr
item
Wartawan Jalanan: 5 Suri Rumah Ditahan Ketika Berpesta Dadah.
5 Suri Rumah Ditahan Ketika Berpesta Dadah.
Aktiviti tersembunyi beberapa suri rumah yang sering berkumpul di dalam sebuah rumah sewa di daerah Tambakreja, Cilacap di Jawa Tengah akhirnya terbongkar apabila mereka ditahan ketika asyik berpesta dadah.
https://4.bp.blogspot.com/-AOjL8OL13Pw/WBMlQEWuC-I/AAAAAAAATXA/gDolAWnoJhIEDVZ2roQejpjSjfbEyy3wwCLcB/s320/2.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-AOjL8OL13Pw/WBMlQEWuC-I/AAAAAAAATXA/gDolAWnoJhIEDVZ2roQejpjSjfbEyy3wwCLcB/s72-c/2.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/10/5-suri-rumah-ditahan-ketika-berpesta.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/10/5-suri-rumah-ditahan-ketika-berpesta.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy