Adik Tunai Hajat Terakhir Kakak.

Nama saya Ain. Lama sebenarnya saya simpan hajat untuk berkongsi kisah ini. Kebetulan beberapa hari ini, banyak lalu di newsfeed saya gambar  konvo kawan-kawan.

Sekarang saya menuntut di luar negara dalam bidang Accountancy. Saya dua beradik dan saya yang bongsu. Saya ada seorang kakak yangg sangat saya sayang. Kakak saya namanya, Ainur Batrisya. Seorang kakak yang sangat baik hatinya, elok pekertinya, luhur bicaranya. Semua ada pada kakak.

Saya masih ingat, ketika kami masih bersekolah ayah dan ibu masing-masing sibuk. Tak sempat nak siapkan makanan tengah hari untuk kami. Kami balik sekolah, tengok atas meja kosong. Hanya ada nasi putih tidak berlauk. Ayah saya engineer, Ibu saya arkitek Jadi, kami faham mereka sibuk.

Kakak orang paling cool bile tengok meja kosong padahal saya lapar perut dah keroncong. Kakak kata, “Kita mandi dulu, nanti kita main masak-masak.” Dan ye..

Selesai mandi dan solat, kakak sarung Apron, terus buka peti sejuk. Keluarkan segala apa yang ada. Saya jadi teruja. Beriya saya tolong kakak. Sebab kami sama-sama lapar.

Kakak buat nasi goreng kangkung. Sedap,Sedap teramat sangat. Apa kakak masak semua sedap. Kami makan sama-sama sambil tengok tv. Habis makan, saya letak kepala atas riba kakak. Tgok tv kusyuk bukan main.

Petang kami study sama sama. Kakak teringin nak jadi akauntan. Saya pula masa tu nak jadi lawyer. Kakak cakap, jadi lawyer ni sebelah kaki ke neraka. Saya bantah kakak, saya kata kita kalau di jalan yang betul, inshaa Allah, Allah bantu. Kakak hanya senyum.

Hinggalah kami sambung belajar di tempat berlainan, saya di Matrik dan kakak di UITM. Setiap hari kakak telefon. tanya kabar adik kesayangan dia ni. Kalau kakak telefon, mesti banyak kami borakkan. Pasal study, pasal hal hal di kampus, pasal boyfrend..

Satu hari kakak jatuh sakit, pergi hospital Doktor kata kakak sakit SLE. Saya orang paling teruk menangis. Saya nak kakak saya! Dia tak boleh sakit! Tapi takdir Allah sudah tulis semuanya.

Kakak terpaksa berhenti belajar. Kakak terlantar je kat rumah. Tiap minggu saya nak balik. Nak tgok kakak. Nak jaga kakak.

Kakak pesan, “Adik kene belajar pandai-pandai. Adik kakak kan genius.”

Masa ni saya kalah. Saya menangis peluk kakak kuat kuat. Saya tekad habiskan matriks dan saya buat permohonan sambung ijazah ke uitm. Saya mohon Sarjana Muda Accountancy, padahal di matriks saya amik aliran sains. Saya nak habiskan cita cita kakak.

Alhamdulillah, niat saya Allah permudahkan. Setiap sem saya dapat anugerah dekan. Walaupun kakak terlantar, saya bawa balik setiap sijil dan gambar gambar di majlis anugerah untuk kakak. Saya tiada sedara kandung lain selain kakak.

Hinggalah seminggu sebelum hari konvokesyen saya, saya bersungguh-sungguh nak kakak ikut. Saya belikan semua kelengkapan untuk bawa kakak ke majlis saya. Saya belikan baju lawa-lawa untuk kakak. Shawl, kurung sulam yang die nak. Semua saya belikan. Asalkan kakak ikut saya ke majlis.

Malam tu, saya tidur dengan kakak. Saya peluk kakak erat erat. Saya minta kakak janji untuk terus kuat. Sabab saya baru habis degree. Saya nak kakak tengok saya dapat master pula nanti.

Tapi perancangan Allah berbeza macam yang saya rancang. Malam tu, kakak cakap, “Adik konvo bile?” susah saya tengok kakak nak bercakap. Tapi saya paham apa dia cakap.

Saya kata, “lagi seminggu..”

Dia senyum. Kakak kata, “Sempat ke kakak nak ikut ni? Macam tak sempat je.”

Masa ni saya rasa dah lain. Saya rasa macam kakak dah tak lama. Sebabnya beberapa hari sebelum tu kakak dah lemah sangat. Tapi kakak cuba untuk kuatkan diri.

“Sempat kak. Sempat.”
“Ok. Kita pergi sama-sama.”
Saya mula lega bila kakak cakap macam tu.

Malam esoknya, saya tidur lagi dengan kakak. Tapi malam ni kakak lebih berbeza.Saya berbual dengan kakak tentang kematian. “kak, kalau diberi pilihan, kakak nak meninggal kat mana?”

Entah kenapa saya bertanya begitu. Dan jawapan kakak, “biarlah kakak meninggal dekat dekat dengan orang yang kakak sayang. Tapi kakak harap, kalau kakak meninggal, orang kebumi kakak jauh jauh dari rumah.”
Dengarkan jawapan kakak, saya tutup cerita.

Konvensyen saya berlangsung pada Hari Isnin, kami dari JB berangkat ke Shah Alam pada hari Rabu pagi 5 hari sebelum majlis tu. Kononnya nak bawa kakak jalan jalan lama sikit sambil bercuti.. Dan ye. Kami bawa kakak tempat yang best. Kakak happy sangat. Rupanya itulah hari terakhir kakak bersama kami.

Kakak meninggal dunia ketika tidur pada Hari Khamis petang keesokan harinya.Dan saya? Saya hilang arah. Nak meraung takot dikata tak beriman. Nak meratap, ini dah ketentuan Tuhan. Tapi hakikatnya, saya hilang suara. Mati mati saya ingat kakak tidur. Saya goncang badan kurus kakak tapi kakak tetap kaku.

Saya sampaikan hajat kakak untuk dikebumikan jauh dari rumah. Dan itu wasiat terakhir kakak ketika kami tidur bersama.

JB – SHAH ALAM Satu jarak yang boleh dikatakan jauh dari rumah dan disinilah kakak disemadikan.
Pada hari konvokesyen, saya menangis di kerusi menunggu giliran. Saya nak kakak tengok! Saya realisasikan impian kakak untuk jadi akauntan! Tapi kakak dah takde. Kakak tak sempat tgok saya.

Saya naik pentas, saya tunduk dengan lutut saya lemah untuk berjalan. Saya menangis sebenar benar menangis ketika skroll diserahkan kepada saya. Saya menangis sebab saya tak buat ni untuk diri sendiri. Tapi untuk kakak juga.

Hinggalah saat ini, setelah hampir 2 tahun kakak pergi, saya masih menyambung pengajian dalam bidang kesukaan kakak. Di negara yang kakak berhajat nak sangat datang.

Untuk kakak, adik dah buat apa yang termampu adik buat. Adik akan bahagiakan mak dan ayah. Adik janji adik akan jaga mak dan ayah. Adik akan belajar pandai-oandai sampai adik pula dijemput Allah.

Adik sayang sangat2 dekat kakak,Doakanlah kakak saya bahagia di alam sana. Doakanlah juga saya mampu bersama kakak di sana. AlFatihah – Adik Kesayangan Kakak-Ain.-eberita.org

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.