Akhirnya Punca Nur Shakinah Hilangkan Diri Di Perancis Terjawab.

Kehilangan seorang pelajar Malaysia selama lima hari sejak Jumaat lepas di Paris yang menjadi teka-teki umum akhirnya terjawab setelah dia pulang ke kediaman sewanya dan membuat pengakuan kepada pegawai Kedutaan Malaysia di Perancis.

Kehilangan seorang pelajar Malaysia selama lima hari sejak Jumaat lepas di Paris yang menjadi teka-teki umum akhirnya terjawab setelah dia pulang ke kediaman sewanya dan membuat pengakuan kepada pegawai Kedutaan Malaysia di Perancis.

Nur Shakinah Naim, 19, pelajar bidang kejuruteraan di Institute University of Technology (IUT) Rouen yang ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengakui punca dirinya bertindak menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya.

“Saya tertekan dengan pelajaran yang diikuti di sini (Perancis) dan tidak berminat meneruskannya. “Saya mahu berhenti sejak awal lagi tetapi keluarga memujuk supaya meneruskan pengajian,” katanya dipetik dari laporan Berita Harian,  sekaligus menjawab teka-teki punca di sebalik kehilangannya.
Memetik sumber yang terlibat dalam pertemuan dengan pelajar itu berkata, Nur Shakinah mengaku sejak awal tidak berminat mengikuti pengajian kursus kejuruteraan di negera tersebut namun terpaksa bersetuju kerana dorongan ibu bapa.

Dalam pertemuan itu juga Nur Shakinah turut memaklumkan mahu berhenti belajar dan menyatakan hasrat untuk kembali ke Malaysia bersama ibu bapanya yang dijadualkan tiba di Perancis pada tengahari Ahad waktu tempatan.

“Beliau mengaku menghilangkan diri kerana tertekan dengan pelajarannya. “Nur Shakinah mengaku keluar dari rumah sewanya pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (6 pagi waktu Malaysia) Ahad lalu dan bermalam di stesen kereta api Rouen sebelum meneruskan perjalanan ke Paris menaiki kereta api,” jelas sumber itu.

Kata sumber itu lagi, sebaik tiba di kota berkenaan, pelajar perempuan tersebut pergi ke Masjid Besar Paris dan berkenalan dengan sekumpulan rakyat asing termasuk seorang rakyat Portugal yang dikenali sebagai Suraya.

Sepanjang kehilangannya selama lima hari itu, Nur Shakinah tinggal di kediaman Suraya yang turut memberi nasihat serta sokongan kepadanya. Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa Nur Shakinah akan berlepas ke Paris pada awal pagi Ahad.


Naim Awang, 46, dan Nur Halizah Ahmad, 43, dijangka tiba di Paris untuk bertemu anaknya kira-kira jam 1.30 tengahari waktu Perancis (7.30 petang waktu Malaysia). Tiket penerbangan pergi dan balik serta pembiayaan kos penginapan, makan dan minum mereka berdua ditaja sepenuhnya oleh UMNO Bahagian Sungai Petani. – SuaraTV

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,403,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,22,Berita Menarik,981,Berita Semasa,1353,Islam,104,Kantoi Luar Negara,18,Kes Kantoi,437,Kes Rogol,356,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1209,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,356,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,549,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,39,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Akhirnya Punca Nur Shakinah Hilangkan Diri Di Perancis Terjawab.
Akhirnya Punca Nur Shakinah Hilangkan Diri Di Perancis Terjawab.
Kehilangan seorang pelajar Malaysia selama lima hari sejak Jumaat lepas di Paris yang menjadi teka-teki umum akhirnya terjawab setelah dia pulang ke kediaman sewanya dan membuat pengakuan kepada pegawai Kedutaan Malaysia di Perancis.
https://3.bp.blogspot.com/-HFofBHZqPvk/V_ByNAOt6PI/AAAAAAAARM0/q1LuQRPwjKsdqVC85HzUGGcMN3zFF9U1gCLcB/s320/sakinahnaim1.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-HFofBHZqPvk/V_ByNAOt6PI/AAAAAAAARM0/q1LuQRPwjKsdqVC85HzUGGcMN3zFF9U1gCLcB/s72-c/sakinahnaim1.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/10/akhirnya-punca-nur-shakinah-hilangkan.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/10/akhirnya-punca-nur-shakinah-hilangkan.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy