Bapa Dan Ibu Tiri Syaitan, Sepak Kemaluan Anak Hingga Mati.

Nasib malang yang menimpa seorang kanak-kanak Rahmad Syawal berusia 5 tahun yang didera oleh ibu tiri dan ayah kandungnya sendiri hingga mati.

Mangsa yang terbaring di Hospital semenjak tiga hari lalu telah disahkan meninggal dunia akibat ke cederaan yang parah di seluruh bahagian badannya.

Pihak hospital besar Padang Sidempuan Sumatra Utara (Indonesia) yang merawat Rahmad mendedahkan bahawa Ada kesan luka bakar lama diseluruh kulit badan mangsa dipercayai diseterika dan bekas api rokok, sementara kemaluannya yang bengkak dan buah zakar pecah dipercayai disepak oleh ayah kandungnya Rahmad Ali 29.

Penderaan kanak-kanak berkenan diketahui selepas mangsa tidak sedarkan diri setelah kemaluannya disepak Ali ketika kanak-kanak itu sedang bermain dengan anak jiran rumah mereka.

Anak jiran mangsa terus mengadukan perkara itu kepada kedua orang tuanya dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri, sementara Ali di dapati dalam keadaan mabuk.

Jiran mangsa terus membuat laporan polis selepas membawa mangsa ke Klinik berhampiran terlebih dahulu, sebelum di hantar ke Hospital Besar Bandar itu.

Dimaklumkan ibu kandung mangsa meninggal dunia semasa melahirkannya dan ayahnya menikah dengan seorang wanita sejak setahun lalu.

Mangsa di jaga oleh neneknya sebelum ini, namun setelah ayahnya menikah, hak penjagaan di ambil alih oleh Ali semula.

Sementara Pihak Polis Padang Sidempuan Amir lintang berkata, mereka telah menahan pasangan suami isteri itu dan kes masih dalam siasatan lanjut, manakala mayat mangsa masih dibedah siasat dan akan di makamkan esok tengah hari.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.