Bersihkah Ais Kita Minum?: Jijik & Meloyakan.
KETIKA anda sedang minum segelas air sejuk di restoran
tahukah anda tahap kebersihan ais yang digunakan?
Sebenarnya mudah untuk kita mengetahui yang mana satu ais
yang bersih, yang mana satu pula ais yang kotor.
Namun kebanyakan daripada kita mengambil mudah tentang
kebersihan ais itu sendiri.
Biarpun tidak semua kilang memproses ais mengabaikan aspek
kebersihan, tetapi sebagai pengguna, tahukah anda di mana datangnya atau ais
itu milik syarikat mana?
Jika syarikat A menghasilkan ais yang berkualiti, tahukah
anda restoran atau kedai itu menggunakan ais syarikat A?
Jawapannya hampir pasti anda tidak tahu. Apa yang anda tahu
segelas ais sejuk sudah terhidang di atas meja selepas menu dipesan.
Isu halal ais itu sendiri memainkan peranan yang sungguh
besar. Halal itu bukan sahaja pada ais itu sendiri tetapi merangkumi segenap
aspek sama ada kebersihan kawasan kilang, bekalan sumber air, mesin dan
prosedur pemakaian pekerja.
Anda harus ingat, ais yang kotor jika masuk ke dalam badan
boleh mengundang pelbagai penyakit. Ais yang tidak bersih dan tidak mengikut
prosedur akan mengakibatkan penyakit bawaan air seperti typoid, e-coli, kolera
dan gastroenterisis serta Hepatitis A.
Terpanggil untuk memberi kesedaran kepada semua pengguna,
Sorot melakukan siasatan terhadap berapa buah kilang ais bersama sumber yang
sebelum itu menyalurkan maklumat betapa tahap ais yang diproses hanya ingin
mengaut keuntungan semata-mata, mengetepikan aspek kebersihan dan kesihatan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mana satu ais yang lebih bersih?]
Beberapa buah kilang disiasat dan hasilnya hanya satu
perkataan yang mampu menggambarkan semuanya iaitu jijik.
Anda bayangkan, air yang sepatutnya dibuang digunakan semula
untuk dijadikan ais kiub. Lebih teruk, saluran air buangan itu berlumut. Loya
tekak menggambarkan apa yang dilihat dengan mata sendiri.
Ada juga binatang peliharaan seperti anjing, mudah keluar
masuk ke lokasi memproses ais kiub. Bayangkan apa yang anjing itu buat di situ.
Tidak dapat juga dibayangkan bagaimana pekerja membersihkan
diri selepas menggunakan tandas. Ini kerana tandas terdapat di dalam premis itu
terlampau kotor dan berbau.
Itu hanya sebahagian yang mampu diperkatakan. Di sini, Sorot
menyenaraikan apa yang kami peroleh sepanjang siasatan kami.
Apa yang menjadi harapan kami selepas ini, pihak berwajib
perlu memandang serius dan melakukan siasatan segera bagi memastikan semua ini
tidak berpanjangan.
Buat pengguna pula, kita seharusnya peka terhadap aspek
pengambilan makanan atau minuman yang bersih. Jangan ambil mudah dengan situasi
ini. Jangan biarkan makanan tercemar menjadi sebahagian daripada darah daging
kita.-Sinar Harian
Ulasan
Catat Ulasan