"Bila Adik Nak Tidur, Dia Akan Cari Bantal Mak Dengan Kain Tudung Mak.

"Bila dia (Aqilah) nak tidur, dia akan cari bantal mak dia dengan kain tudung mak dia. Yang kakak (Amira), bila dia terasa rindu sangat dia akan ambil baju papa dia.

"Bila dia (Aqilah) nak tidur, dia akan cari bantal mak dia dengan kain tudung mak dia. Yang kakak (Amira), bila dia terasa rindu sangat dia akan ambil baju papa dia.

"Jadi hujung minggu tu saya akan bawa lah mereka ke kubur. Dia akan cium kubur papa dia, kata “Assalamualaikum, Mira dengan adik datang...' sebab rumah dekat dengan kubur kan memang selalu pergi."

Demikian kata Yusnidah Husain, 48, ibu saudara yang juga penjaga kepada dua beradik yatim piatu, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan Nur Firuza Aqilah Fairuz Nizam, 5, ketika ditemui di sini, petang tadi.

Yusnidah adalah kakak kepada bapa dua beradik itu, Fairuz Nizam Husain, 35, yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada 2 Mei 2015.

Kemalangan itu turut meragut nyawa isteri Fairuz, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak bongsu mereka, Nur Firuza Annisa yang berusia tujuh bulan.

Yusnidah yang sudah mendapat kebenaran mahkamah untuk penjagaan dua beradik ini sejak 11 Ogos tahun lalu berkata, Amira dan Aqilah juga sering terjaga daripada tidur teringatkan ibu bapa mereka.

"Bila mereka rindu, dia akan menangis-nangis tengah malam saya akan bawa keesokan harinya. Sebab kubur memang dekat dengan rumah kan.

"Amira agak kerap kalau malam tengah tidur dia akan menjerit, 'papaaa... mamaaa... jangan tinggal Mira, papa... mama...' jadi saya akan pujuk dia redakan dia.

"Dia menangis-nangis dan minta papa, mama... Dia minta apa yang kita tidak boleh adakan," katanya yang dipanggil mama oleh dua beradik itu.

Yusnidah berkata, dia akan memujuk dua beradik berkenaan dengan membawa mereka ke kubur berdekatan rumah di Taman Batu Muda di sini sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

Sementara itu, Amira ketika ditemubual cukup petah berkata-kata.

Berikut temubual wartawan dengan Amira

Wartawan: Kakak dah besar nak jadi apa?

Amira: Selalu suka main fesyen-fesyen, masak-masak dengan adik. Dah besar nanti Mama kata dengan Baba kalau belajar pandai-pandai boleh jadi 'lawyer' (peguam).

Wartawan: mama dengan baba (penjaga) ada bawa pergi kubur?

Amira: Ada. Baca al-Fatihah. Doakan Mama dengan Papa.-Harian Metro

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,398,Artis Dalam Negara,22,Artis Luar Negara,18,Berita Menarik,965,Berita Semasa,1338,Islam,104,Kantoi Luar Negara,17,Kes Kantoi,435,Kes Rogol,354,Kesihatan,81,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1190,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,6,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,350,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,544,Video Kantoi,9,Video Luar Negara,36,
ltr
item
Wartawan Jalanan: "Bila Adik Nak Tidur, Dia Akan Cari Bantal Mak Dengan Kain Tudung Mak.
"Bila Adik Nak Tidur, Dia Akan Cari Bantal Mak Dengan Kain Tudung Mak.
"Bila dia (Aqilah) nak tidur, dia akan cari bantal mak dia dengan kain tudung mak dia. Yang kakak (Amira), bila dia terasa rindu sangat dia akan ambil baju papa dia.
https://1.bp.blogspot.com/-8WLIG_W9-0M/WAxcHWXJUjI/AAAAAAAAS6s/fiO9VmsaFTk7AaB83bQl1zIe8KS5YXsvwCLcB/s320/kakak.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-8WLIG_W9-0M/WAxcHWXJUjI/AAAAAAAAS6s/fiO9VmsaFTk7AaB83bQl1zIe8KS5YXsvwCLcB/s72-c/kakak.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/10/bila-adik-nak-tidur-dia-akan-cari.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/10/bila-adik-nak-tidur-dia-akan-cari.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy