Cinta Ditolak Kerana Miskin. Apa Yang Berlaku 10 Tahun Kemudian Mengejutkan Si Gadis
Setiap gadis mengimpikan lelaki yang ideal sebagai teman
hidup mereka. Ada yang mahukan lelaki yang kacak bergaya, ada pula yang
mengharapkan lelaki yang dicintai setia dan menyayanginya dengan sepenuh hati.
Seorang lelaki miskin telah jatuh cinta dengan anak gadis
yang kaya raya. Satu hari lelaki ini telah mengambil keputusan untuk meluahkan
rasa hatinya pada si gadis.
Tapi standard yang diletakkan gadis ini berbeza dah lebih
tinggi dari gadis-gadis yang lain.
Jawapan si gadis ; “Macam mana awak boleh terfikir semua ni?
Saya tak mungkin dapat mencintai awak. Lupakan saya dan carilah gadis lain yag
sama level dengan awak.”
Cintanya ditolak oleh si gadis dengan alasan dia tak sanggup
untuk hidup dengan lelaki yang tidak mampu menampung gaya hidup sebagaimana yang
disediakan oleh orang tuanya.
Atas rasa cintanya yang mendalam kepada si gadis, lelaki
miskin tak dapat lupakan cinta pandang pertamanya ini.
10 tahun kemudian mereka terserempak di sebuah pusat
membeli-belah. Si gadis dengan segera dapat mengenali siapakah lelaki yang berdiri
di depannya dan berkata;
“Awak apa khabar? Saya sekarang dah kahwin dengan seorang
lelaki yang bijak dan gaji dia $15,700 sebulan. Awak boleh lawan ke gaji banyak
tu?”
Si lelaki hanya mendiamkan diri dan cuba menahan air matanya
dari menitis apabila mendengar ucapan berbisa bak sembilu dari wanita yang
pernah bertakhta di hatinya ini. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulutnya.
Beberapa ketika kemudian, muncul suami kepada wanita ini.
Tetapi sebelum si wanita sempat berkata-kata, suaminya telah menegur lelaki ini
terlebih dahulu dengan nada girang;
“Selamat petang tuan. Nampaknya tuan dah berkenalan dengan
isteri saya
Si lelaki membalas sambil tersenyum “ Selamat petang kembali
Tuan…….?
“Saya Kamal tuan!” Si
suami kemudiannya berpaling kepada isterinya dan berkata;
“Sayang, kenalkan ni lah boss abang. Dialah pemilik projek
bernilai $100 juta yang abang uruskan tu.”
Si wanita terdiam kaku apabila mendengar apa yang suaminya
telah perkatakan.
Kemudiannya si lelaki berkata sambal meminta diri; “Tuan
Kamal, saya ada urusan penting perlu diuruskan. Seronok dapat bertemu dengan
tuan di sini dan berkenalan dengan isteri tuan. Saya minta diri dulu.”
Untuk beberapa minit, pasangan ini hanya mampu memandang si
lelaki yang sedang berlalu pergi.
Baru tersedar dari kejutan yang berlaku, si wanita bertanya
kepada suaminya dalam nada tidak percaya; “Itu boss abang?”
“Ya sayang. Dia seorang yang sangat merendah diri tapi hidupnya
agak menyedihkan. Dengar cerita satu ketika dulu dia pernah jatuh cinta pada
seorang gadis tapi cintanya ditolak mentah-mentah hanya kerana dia seorang yang
miskin.”
“Disebabkan itu, dia bekerja keras. Oleh kerana dia juga
seorang yang bijak, kini dia seorang yang berjaya. Pendapatan bulanan dia
bernilai jutaan ringgit sebulan tapi malangnya dia masih tak dapat lupakan
gadis yang pernah dicintainya satu ketika dulu. Sampai sekarang dia masih tak
kahwin.”
Si suami kemudian menyambung lagi; “Beruntungnya perempuan
tu jika dia terima lelaki ni dulu.”
Terkejut mendengar ucapan suaminya, si wanita hanya
mendiamkan diri.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua. Jangan
pernah menghukum dan menghina seseorang hanya kerana kemiskinannya pada ketika
ini. Mereka juga berhak untuk berusaha bagi merubah nasib diri sehingga berjaya
dan berada di puncak.- thevocket.com
Ulasan
Catat Ulasan