Doktor Haiwan Dibuang Kerja Sebab Panah Kucing Hingga Mati.

Seorang doktor haiwan dibuang kerja serta digantung perkhidmatan selama setahun selepas tindakannya memanah seekor kucing dan memuat naik di laman Facebook.

Kristen Lindsey,33, mencetuskan kontroversi selepas dia meletakkan gambar haiwan yang dibunuhnya itu  dalam talian tahun lalu.

"Anak panah pertama yang membunuh. Anak panah mengenai kepala kucing," tulis Kristen.

Ekoran tidakan doktor haiwan itu, Lembaga Pemeriksa Perubatan Veterina Texas mengantung perkhidmatan doktor itu selama setahun.

Malah, wanita itu turut dipecat dari berkhidmat di Klinik Haiwan Washington.

Pejabat Austin County Sheriff melancarkan siasatan tetapi memutuskan untuk tidak mengenakan caj jenayah terhadap doktor haiwan itu.-Sinar Harian
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.