Elizabeth Tan Suka Lelaki Melayu, Kelakar Dan ‘Macho.

Menganggap lelaki Melayu pandai membuat lawak, penyanyi Elizabeth Tan tidak menolak kemungkinan akan menerima cintanya.

“Saya suka lelaki Melayu sebab biasanya mereka pandai buat lawak, mereka ‘macho’ dan yang saya tahu mereka baik hati dan tidak pentingkan diri sendiri,” katanya.

“Ciri-ciri lelaki idaman saya, lelaki itu mesti kena lebih tinggi daripada saya, rajin bekerja, jujur dan baik hati.”

Meskipun sering anak kelahiran Hulu Kelang ini didekati lelaki Melayu berbanding bangsa lain, namun tiada artis kaum itu yang cuba memikatnya.

“Dulu yang minat saya semua Melayu, sewaktu di sekolah menengah dan sampai sekarang,” kata penyanyi “Setia” kepada ProjekMMO baru-baru ini.

“Sekarang ini memang adalah lelaki [memikat] tetapi artis Melayu memang tiada.”

Mengakui suka perwatakan pelawak Zizan Razak, gadis berusia 23 tahun ini selesa apabila bergandingan bersamanya, bekas teman lelaki pelakon Emma Maembong.


Model tinggi lampai itu mulai berkenalan dengan pelakon utama “Polis Evo” itu selepas dilantik bersama menjadi duta pasar dalam talian 11Street. - The Malay Mail Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.