Ibu Dah Lari, Anak Maut Kemalangan Beli Ubat Bapa Yang Buta

Tiada siapa sangka kemalangan maut yang melibatkan seorang remaja wanita Dwi Miftaqul Kasanah 14 telah mendedahkan satu kehidupan yang menjadi perhatian natizen laman media sosial.

Bukan hanya tragisnya kemalangan maut itu yang menjadi tumpuan ramai terutama penduduk ponorogo jawa timur, tapi kehidupan mangsa Dwi Miftaqul Kasanah yang selama ini hidup dalam kemiskinan bersama adik lelakinya asman yang berhenti sekolah untuk menjaga ayah mereka yang buta.

Dimaklumkan dari sumber dalam kejadian mangsa ketika itu dalam perjalanan balik ke rumah menaiki basikal selepas membeli ubat ayahnya, kemudian dilanggar oleh seorang pelajar lelaki yang menunggang motor pada minggu lalu, akibat dari kemalangan itu kepala bahagian belakang mangsa terhantuk kuat ke jalan dan mengakibatkan hidungnya keluar darah.

Mangsa yang kritikal di rawat di hospital Soedono Madiun selama seminggu, hingga semalam Rabu pagi, mangsa disahkan meninggal dunia akibat pendarahan otak yang parah.

Mangsa yang hidup dalam kemiskinan bersama adik dan ayahnya yang buta, terbongkar selepas pihak media dan gerakan 100nt (komunitas berbagi senyum kepedulian) telah berkunjung ke kediamanan mereka untuk menyalurkan sumbangan.

Akan tetapi keadaan mejadi berubah pilu apabila mereka melihat rumah yang berdindingkan buluh berlantai tanah seolah tidak layak di diami yang menjadi tempat tingga 3 beranak itu selama ini, ayahnya yang buta hanya bekerja sebagai tukang urut, sementara ibunya yang bernama Samini indrawati hilang tiada khabar dan tidak pernah balik selepas 10 tahun merantau ke Malaysia.

Menurut laporan Samini Indrawati kali terakhir berkerja di Lot 13835 BT 34 Kampung. Dengkil selangor.

Sementara menurut record Polis Diraja malaysia pada18 sept 2009 Majikan Samini Indrawati membuat satu laporan polis yang menyatakan Samini melarikan diri, hingga ke hari ini masih lagi tiada khabar berita.

Kisah Dwi Miftaqul Kasanah 14 kini menjadi viral di media sosial negara jiran itu, di mana kebanyakan natizen geram dengan sikap pemimpin Negara mereka yang sibuk membincangkan pekara politik hingga terlepas pandang dengan realiti kehidupan sebenar rakyatnya sendiri.

Jom kita viralkan kisah arwah Dwi Miftaqul biar sampai ke berita ini kepada ibunya yang berada di Negara ini.

Dicari Samini indrawati: Pada siapa yang mengenali Samini boleh hubungi Andi atau fentina dalam talian 0989093714. - eberita.org

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.