Isteri Meraung Ditinggal Suami Kerana Telalu Lama Buang Air
Satu kejadian menyedihkan sekaligus melucukan di mana
sibuknya manusia mencari nafkah,
ditengah teriknya sinar matahari tiba-tiba terdengar jeritan seorang wanita
yang sedang memakai helmet berlari sambil memanggil serta menjerit nama seorang
lelaki.
Hilda 35 tahun telah ditinggalkan oleh suaminya Hendra 40
tahun kerana berada terlalu lama di dalam tandas awam ketika dalam perjalanan
dari Jawa Tengah ke Bandung iaitu kampung halamannya.
Diceritakan lagi pada ketika itu mereka sedang berehat di
gerai makan tepi jalan, selepas selesai makan, Hilda pergi ke tandas tanpa
pengetahuan suaminya itu.
Ketika dia keluar dari dalam tandas, alangkah terkejutnya
dia apabila tidak melihat kelibat anak dan suaminya, ketika itu juga dia
meraung menangis dan menjerit sambil berlari ke jalan sambil memanggil nama
suaminya sehingga menarik perhatian orang ramai.
Sebagai orang awam yang prihatin, mereka kemudian telah
melaporkan kejadian itu kepada pihak polis berhampiran yang menjaga lalu
lintas, nasib baik setelah setengah jam menangis akhirnya suaminya Hendra telah
datang semula sambil menahan ketawa.
“Saya cuma memberinya sedikit pengajaran, tiada angin tiada
hujan tiba-tiba isteri saya pergi begitu saja tanpa memberitahu ke mana,"
katanya sambil melihat wajah isterinya.
Di iringi senyuman, orang ramai di sekitar kedai makan
tersebut hanya mampu menahan ketawa, sementara isterinya Hilda hanya menutup
muka dengan tudung di mana esak tangisnya
masih bersisa lagi.
Ulasan
Catat Ulasan