Jururawat Kongsi Kisah Pesakit Menghidap Penyakit Pelik Ketika Hadapi Sakaratul Maut

Setiap orang mempunyai perjalanan tersendiri ketika berhadapan dengan sakaratul maut. Ada yang melaluinya dengan mudah dan sudah dijanjikan tempat yang indah di sana. Namun tak kurang juga ada yang susah dan penuh dengan kengerian ketika menghadapinya.

Seperti yang diceritakan oleh seorang jururawat ketika berhadapan dengan situasi sakaratul maut seorang pesakit wanita yang uzur di mana pada awalnya dia mendengar suara jeritan meminta air.

“Aku nak air,,aku nak air! ! Suara itu terdengar jelas dalam ruangan bilik hospital yang dijaga oleh Dahlia.

Dahlia dan rakannya mengucap panjang mendengar jeritan itu, apatah lagi ini adalah hari pertama mereka masuk kerja.

Makin lama suara itu semakin kuat ”mak aku nak air, aku dahaga, ampunkan aku mak”

Oiiii pekak ke, aku cakap aku nak air “jerit wanita yang dikenali sebagai Zainah kepada jururawat Dahlia.

Ibu Zainah adalah seorang pesakit dari golongan keluarga VVIP, keadaannya sangat menyayat hati, lehernya bengkak tidak boleh makan dan mengalami cirit-birit berdarah. Lebih mengerikan bahagian lubang najis pesakit ini membusuk dan berulat.

Pada ke esokan harinya jururawat Shalini mendengar tengkingan dari ibu Zainah yang memarahi Dahlia kerana Dahlia cuba menukar Pampers ibu tersebut.

“Makcik apa yang makcik buat ini, jangan macam ini malu di lihat orang, ujar Dahlia sambil menutup tirai.

Dahlia membersihkan tempat tidur dan badan Ibu Zainah yang sudah dipenuhi dengan najis bercampur darah busuk itu.

Menurut Dahlia ramai jururawat yang tidak mampu menjaga Ibu Zainah kerana tidak tahan dengan bau busuk najis yang bercampur darah, selain dari Ibu Zainah yang suka meracau dan memaki hamun jururawat yang menjaganya.

“Mak, lihat mereka sangat kasar memperlakukanku, bawa aku ikut dengan mak, aku dah tak tahan mak” suara itu keluar sekali lagi, Dahlia yang sedang membersihkah najis ibu itu hanya memandang ke kiri dan kanan tiada siapa pun disitu.

Selepas siap semuanya, Dahlia pergi ke kantin hospital untuk makan tengah hari, namun apa yang memeranjatkan mereka selepas kembali adalah, Ibu Zainah sudah di tutup dengan kain putih.

Bukankah baru tadi kami menyentuh tubuh hangat ibu itu, bukankah baru tadi saya membersihkan najis busuk bercampur darah itu?

Hanya sekejap saja di tinggalkan, bukan satu hari malah tak sampai 1 jam pun, nyawa ibu Zainah telah di ambil oleh Allah SWT.

Inilah pengalaman Dahlia di hari pertama bekerja sebagai jururawat menghadapi pesakit yang sudah uzur.

Kami sudah melihat bagaimana ajal manusia itu di cabut oleh malaikat, mungkin waktu ini kita tersenyum dan tertawa, namun tiada siapa menduga apa yang berlaku seterusnya. Tiap-tiap yang bernyawa itu akan merasakan kematian tidak kira waktu dan tempat, jadi sama-sama kita mempersiapkan bekalan diri. Facebook Dahlia Ugd

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.