Kalau Orang Islam Mahu Tinggal Di Sini, Ikutlah Budaya Kami, Kami Makan Babi Dan Minum Arak

Kalau mahu tinggal di sini, ikutlah budaya kami, kami makan babi dan minum arak, demikian seruan menteri perpaduan Norway kepada pendatang, termasuk umat Islam.

Kalau mahu tinggal di sini, ikutlah budaya kami, kami makan babi dan minum arak, demikian seruan menteri perpaduan Norway kepada pendatang, termasuk umat Islam.

Kenyataan Sylvi Listhaug, dari Parti Kemajuan yang antipendatang, menjelang persidangan isu perpaduan kebangsaan mengundang kecaman dan dipermainkan pengguna internet, lapor Munchies kelmarin.

“Saya rasa mereka yang datang ke Norway perlulah menyesuaikan diri dengan masyarakat kita,” coretnya di Facebook minggu lalu.

“Di sini kami makan babi, minum alkohol, dan mendedahkan muka kami. Anda harus patuhi nilai, perundangan dan peraturan di Norway apabila anda sampai di sini.”

Akibatnya, ruangan komen media sosial Listhaug dipenuhi ulasan-ulasan yang mempersenda kenyataan itu dan menggesa beliau menilai semula jawatannya sebagai menteri perpaduan.

Ahli politik Parti Buruh Norway menulis dalam akhbar Dagbladet, menggesa pemimpin itu agar “tidak menakutkan orang dan memecahbelahkan.”

“Jika anda mahu kekal sebagai menteri perpaduan, anda mestilah belajar berpadu. Jangan menakutkan orang dan memecahbelahkan,” kata Zaineb Al-Samarai seperti dilapor The Independent.

Tertekan dengan reaksi-reaksi negatif itu, Listhaug menjelaskan beliau tidak bermaksud memaksa semua pendatang mengambil alkohol atau memakan babi.

Namun, tambahnya, amalan biasa di Norway memang begitu.

“Anda semua salah faham pada saya, tetapi memang begitulah [sejak dulu]. Bukan kali pertama.

“Saya maksudkan, tentulah mereka tidak wajar dipaksa mengambil alkohol atau memakan babi,” coretnya lagi, sehari selepas kenyataan kontroversi itu.

Namun keberangan orang tidak juga reda-reda. Ahad lepas, beliau terpaksa menggesa pengguna internet agar tidak lagi mengganggunya.

“Jika anda tidak boleh menerimanya, anda tidak perlulah menulis apa-apa,” katanya seperti dilapor oleh portal itu, sebahagian projek penerbitan majalah Vicedi sini. – MalayMail

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,465,Artis Dalam Negara,106,Artis Luar Negara,50,Berita Menarik,1293,Berita Semasa,1678,Binatang,13,Cabul,11,Curang,20,Dera,19,Gaduh,15,Gambar,30,Islam,128,Kantoi Luar Negara,53,Kecuaian,4,Kejam,79,Kemalangan,25,Kes Bunuh,67,Kes Kantoi,533,Kes Rogol,409,Kesihatan,99,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1419,Makanan,10,Maksiat,18,Marah,7,Movie,5,Movie Trailer,4,Penipuan,4,Perang,6,Politik,245,Politik Dalam Negara,50,Politik Luar Negara,4,Puasa,12,Pukul,44,Rogol Dalam Negara,32,Rogol Luar Negara,35,Rompak,5,Rumah Tangga,387,Samseng,6,Samun,5,Sedih,20,Selebriti,8,Seram,8,Sesat,1,Sukan,156,Sukan Dalam Negara,17,Sukan Luar Negara,18,Sumbang Mahram,6,Video,706,Video Dalam Negara,88,Video Kantoi,47,Video Luar Negara,124,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Kalau Orang Islam Mahu Tinggal Di Sini, Ikutlah Budaya Kami, Kami Makan Babi Dan Minum Arak
Kalau Orang Islam Mahu Tinggal Di Sini, Ikutlah Budaya Kami, Kami Makan Babi Dan Minum Arak
Kalau mahu tinggal di sini, ikutlah budaya kami, kami makan babi dan minum arak, demikian seruan menteri perpaduan Norway kepada pendatang, termasuk umat Islam.
https://1.bp.blogspot.com/-hfCAC9LO0YA/WBHskSTSZjI/AAAAAAAATS0/O-tQAuRqSA0NmODEgu41I2dM9ECHdr4IwCLcB/s320/WJ.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-hfCAC9LO0YA/WBHskSTSZjI/AAAAAAAATS0/O-tQAuRqSA0NmODEgu41I2dM9ECHdr4IwCLcB/s72-c/WJ.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/10/kalau-orang-islam-mahu-tinggal-di-sini.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/10/kalau-orang-islam-mahu-tinggal-di-sini.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy