Kejam!!! Remaja Perempuan Berusia 16 Tahun Dirogol Dan Disula Oleh Pengedar Dadah Hingga Mati.

MANGSA, Lucia Perez
Pembunuhan kejam seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang didakwa dirogol dan disula oleh pengedar dadah, mencetuskan kemarahan dan penunjuk perasaan merancang melakukan 'mogok wanita' pada Rabu. 

Mangsa, Lucia Perez seorang pelajar sekolah tinggi di bandar pusat peranginan Mar del Plata, maut pada 8 Oktober lalu selepas dibawa ke hospital oleh dua lelaki dengan mengatakan dia mengalami ketagihan dadah yang melampau kejadian berlaku di Argentina.

Bagaimanapun, pemeriksaan doktor mengesan tanda-tanda terdapatnya tusukan ketara akibat perbuatan seks ganas, siasatan mula dibuat. 

Pendakwa raya berkata, dua lelaki yang menghantar mangsa ke hospital dan dikatakan dalam keadaan khayal, dipercayai merogol dan menyula gadis itu sehingga menyebabkan kematiannya. 

Ketua pendakwa raya, Maria Isabel Sanchez hampir tidak dapat menyembunyikan perasaan jijiknya terhadap kes itu. 

"Saya tahu ia bukan terlalu profesional untuk menyatakannya, tetapi saya juga adalah ibu dan wanita dan saya sudah lihat beribu-ribu perkara di sepanjang kerjaya, tetapi tidak sama dengan yang ini, ia sungguh keji," katanya. 

Pembunuhan itu adalah insiden terbaharu keganasan jantina di Argentina yang menyaksikan lebih daripada setahun perarakan besar-besaran bagi membantah keganasan terhadap wanita. - Berita Harian Online

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.