Lelaki Muat Naik Gambar Lucah Budak Sudah Ditahan.

Kuala Lumpur: Polis sudah menghantar alamat Internet Protokol (IP) seorang lelaki tempatan yang dipercayai memuat naik gambar lucah kanak-kanak di laman sosial kepada Unit Forensik untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada gambar kanak-kanak itu milik rakyat negara ini atau luar negara.

Pada 14 Oktober lalu, polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai memuat naik gambar lucah kanak-kanak di laman sosial di Jinjang Utara dalam operasi pada 9.50 pagi.

Lelaki itu ditahan anggota Jabatan Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di rumahnya. 

Selepas polis menerima maklumat mengenai aktiviti mengeksploitasi kanak-kanak di laman sosial daripada Polis Taiwan. Harian Metro
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.