Lelaki Tukar Jantina, Maut Dibelasah Selepas Kahwin.

Seorang lelaki yang menukar jantina, telah dipukul hingga mati, beberapa jam selepas melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Victor di Rusia.

Tindakan Adam Aliev, 25, yang menjalani pembedahan menukar jantina dan menukar nama kepada Raina, telah mengejutkan keluarganya hinggakan bapanya dilaporkan mengalami serangan angin ahmar manakala ibunya pula tidak berhenti menangis sejak mengetahui anak mereka menjadi perempuan.

Adam beragama Islam dan telah menanam implan payudara serta membuang alat sulit lelaki dalam pembedahan yang mengejutkan ramai itu, yang dilakukan bulan lepas.

“Dia menipu saya, dia ke Moscow, menjalani pembedahan dan bertukar daripada lelaki menjadi perempuan.

“Dan di Chechnya perkara ini telah diketahui. Saya tidak mahu berjumpa dengannya. Saya melahirkan anak lelaki. Ia memalukan keluarga,’’ kata ibunya yang dilaporkan tidak lagi bercakap dengan jiran tetangga.

Keluarga Adam menetap di Dagestan. Dia dilaporkan menukar jantina kerana mahu mengahwini lelaki pujaannya.

Dalam pada itu, mufti Dagestan yang dipetik akhbar KP berkata, menukar jantina adalah sama sekali dilarang oleh Islam kerana ia bermakna lelaki akan menjadi wanita.

“Pembedahan itu hanya boleh dilakukan dalam satu kes sahaja iaitu apabila seseorang itu dilahirkan sebagai hermaphrodite, iaitu memiliki dua jenis alat kelamin dan individu terbabit perlu memilih jantina tertentu,’’ katanya.

Sementara itu, timbalan ketua kampung, Abdutagur Israpilov berkata, Adam memang kelihatan feminin malah suaranya juga seperti budak perempuan.

Adam katanya, telah berhijrah ke Makhachkala sebelum ke Moscow, untuk bekerja di kelab malam.

“Saya tidak salahkan diri (tukar jantina). Saya dengar Adam telah menukar jantina dan berkahwin dengan lelaki dari Kabardino-Balkariya.

“Dia menerima ancaman dan telah melaporkan kepada polis. Boleh dikatakan setiap lelaki di Caucasus ingin membunuhnya. Mengikut tradisi kami, ia memalukan keluarga dan seluruh Caucasus,’’ katanya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.