Luahan Pemilik Kereta Axia, Baru Beli Kereta Ada Masalah Teknikal Sampai Saya Sekeluarga Hampir Maut.
Baca Luahan Pemilik Axia Sendiri Di Sini, Hancur Hati, Kereta Axia Baru Beli Tapi Ada Masalah Teknikal Sampai Saya Sekeluarga Hampir
Maut
Pada 6hb Jun 2016 yg lalu (puasa pertama Ramadhan)..saya
memandu kereta Axia saya dari Jawi menuju ke Glugor dan ketika itu hujan dan
saya memandu dalam kelajuan 70-80kmj..saya hendak gunakan jambatan kedua dan
apabila tiba disusur keluar Plus ke jambatan kedua (di lencongan)..tiba-tiba
steering axia saya lock dan tak boleh dipusingkan..apalagi saya terus tekan
brek tetapi malangnya brek juga tidak berfungsi langsung...terus menghentam
railing sisi kanan dan terus ia seret kesebelah railing sisi kiri dan terus
kereta saya terhenti....airbag juga tidak berfungsi...
Saya terus matikan enjin kereta dan periksa anak dan isteri
dulu...tengkok isteri saya sakit dan tidak boleh pusing manakala anak saya yg
duduk dibelakang mengalami sakit pinggang dan Alhamdulillah saya ok...saya
uruskan ambulan dahulu sebelum hubungi wakil perodua bagi menunda kenderaan
saya..
Keesokan harinya saya membuat laporan polis di Balai Polis
Daerah Jawi.Selang 3hari saya menulis kepada pihak perodua Hq untuk maklumkan
kejadian yg menimpa saya dan meminta mereka siasat punca kejadian dan rectify
segera agar ianya tidak menimpa pemandu axia yg lain dan saya juga minta agar
mereka memperbaiki secara percuma atau gantikan sebuah kereta lain..saya juga
cc surat tersebut kepada Menteri Pengangkutan..Jpj..Perodua Seberang Jaya dan
juga CAP....
saya cuma terima maklumbalas dari CAP sahaja dan juga dari
Perodua Hq yg mengatakan mereka masih menyiasat. .Hari ini saya menerima
laporan rasmi hasil siasatan tersebut...malang sekali hasil siasatan mereka
bukanlah mencari punca yg menyebabkan steering lock..brek dan air bag yg tidak
berfungsi tetapi siasatan mereka lebih menjurus kepada mencari alasan yg boleh
menjadi sebab bagi menyalahkan pelanggan....hasil siasatan mereka menyatakan
puncanya adalah kerana tayar botak...
Tayar botak??? Kepada pakar penyiasat yg bijak saya nak
tanya...kalau tayar botak sekalipun bukankah brek akan berfungsi seperti biasa
cumanya kereta akan terseret sedikit dan akan ada kesan tayar ditempat
kejadian...adakah anda menyiasat ditempat kejadian? Memanglah hasil siasatan
anda semua ok...lepas kemalangan tu saya off enjin dan on balik semua ok...tapi
punca yg menyebabkan steering lock, brek dan airbag tak berfungsi anda tak
siasat...
siasatan hanya untuk cari sebab salahkan pengguna dan
lindungi syarikat Perodua....Bagaimanakah sekiranya kejadian sebegini
melibatkan kehilangan nyawa? Mahu pula terkena keatas anda atau ahli keluarga
anda....
Jadi kepada semua pemilik Axia berhati-hatilah kerana
Perodua tiada sifat ehsan atau perikemanusiaan....sekiranya anda kemalangan
berpunca dari steering lock secara tiba2..dan tayar anda elok dan masih
baru...maka satu alasan baru akan dicari untuk salahkan anda...
Setahu saya sudah ada 2-3 kes yang sama berlaku...
Sekarang dalam proses insurans dan dengar khabar kemungkinan
total lost.
Saya sedang menimbang untuk mengambil tindakan guaman..
Mohon sahabat2 dapat viralkan agar menjadi pengajaran buat
Perodua. .saya bertanggingkawab sepenuhnya atas tulisan ini.-ipinfosemasa.blogspot.com
Ulasan
Catat Ulasan