‘Mat Cangkul’ Jadi Inspirasi Permainan ‘Cangkul Warrior’

TIDAK boleh dinafikan, rakyat Malaysia mempunyai tahap kreativiti yang sangat tinggi. Pantang timbul saja isu yang trending, ia pasti akan dipergunakan sepenuhnya untuk menyerlahkan sisi kreatif itu.

Terbaharu, viral kisah Mat Cangkul yang cuba menyerang seorang petugas pembekal air  di Johor turut menjadi inspirasi.

Buktinya, ia dijadikan permainan aplikasi di telefon pintar yang dinamakan Cangkul Warrior.

Kewujudan permainan itu mula disedari dua hari lepas dan netizen beramai-ramai memuat turun permainan itu.

Cangkul Warrior memaparkan latar belakang seperti di sebuah kawasan perkampungan, dengan watak si hero mengejar ‘mangsanya’ menggunakan cangkul.

Tidak dapat dipastikan siapa yang membangunkan permainan ini, namun ia sudah mula boleh dimuat turun melalui Google Play.

Justeru, buat masa ini, hanya pengguna Android yang dapat berseronok dengan permainan ini.

Setakat ini, ia diberi rating 4.9 oleh pengguna. – Awani
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.