Mengetahui 5 Naluri Seks Wanita Mengikut Usia.
Semakin meningkat umur, semakin kuranglah hasrat untuk
melakukan hubungan seksual. Itulah perbezaan naluri seks antara wanita dan
lelaki.
Menurut pakar seksologi wanita mempunyai lima tahap seks dalam hidupnya.
Setiap tahap tersebut mempunyai dengan ghairah tersendiri. Secara umumnya
ghairah seks mula muncul ketika perempuan masuk usia akil baligh.
1. Awal 20-an
Ghairah wanita pada usia ini hanya pada mata. Pada tahap ini
juga mereka sedang mencari cari maksud tentang seks. Oleh itu mereka cukup
berminat untuk membaca perkara-perkara yang berkaitan dengan seks. Pada tahap
ini juga remaja perempuan juga suka sentuhan, perhatian, kasih sayang, dan
pemahaman.
2. Usia 25 – 30 tahun
Pada usia ini, wanita sudah memiliki keyakinan diri untuk
bercinta dan juga melakukan hubungan seksual. Tidak hairanlah pada waktu ini
ramai wanita yang merasakan ia waktu yang paling sesuai untuk mendirikan rumah
tangga.
Mereka juga sudah berasa selesa dengan perubahan tubuh dan memahami
akan keperluan seksual. Tetapi pada masa yang sama tidak dinafikan juga kerjaya
yang sedang dinikmati oleh kaum wanita menghalang hasrat seksual yang sedang
bergolak. Ada yang menangguhkan hasrat untuk mencari pasangan dan juga
berkahwin kerana mengutamakan karier.
3. Usia 30-an
Ketika ini wanita lebih sensitive terhadap sentuhan. Mereka
juga memang mendambakan sentuhan daripada pasangan. Pada usia ini wanita yang
telah pun berkahwin akan merasai kebebasan seks dan mampu menikmatinya dengan
penuh perasaan.
Kehamilan dan perubahan hormon juga mungkin menambah ghairah
seksual yang mereka rasai ketika ini. Aliran darah yang meningkat ke arah
pinggul membuatkan mereka mudah terangsang untuk melakukan hubungan seks dengan
pasangan.
4 Usia 40-an
Umumnya, ghairah seks mencapai puncaknya pada usia ini.
Karier dan keluarga yang telah stabil membuatkan wanita memiliki banyak waktu
untuk diri sendiri dan berusaha mempertahankan kehidupan seksnya dengan baik.
Ketika ini juga ramai kalangan wanita yang mencari-cari rawatan bagi meningkat
dan mempertahankan ghairah seksualnya supaya setanding dengan pasangannya.
Mungkin juga pada tahap ini hasrat seksual mereka sama seperti di usia muda.
5. Usia 50-an
Ghairah seks mula menurun. Penghasilan estrogen yang
berkurangan menyebabkan hubungan seks tak begitu diinginkan ketika ini. Tetapi
perkara ini tidak semestinya terjadi pada wanita di tahap usia ini.
Bagi wanita
yang mempunyai rutin hubungan seks yang baik dan mesra ketika zaman mudanya,
usia mungkin bukan penghalang untuk mereka mengekalkan rutin seks dengan
pasangan sama seperti di masa mudanya.-eberita.org
Ulasan
Catat Ulasan