Model Ikonik Ditahan Palsukan Dokumen.

ISLAMABAD - PAKISTAN. Wanita yang pernah menjadi model ikonik untuk foto National Geographic ditahan polis, Selasa lepas.

Menurut laporan CNN, Sharbat Gula, 40-an ditahan kerana memalsukan dokumen perjalanan dan tinggal secara tidak sah di Pakistan.

Jika disabitkan kesalahan, Sharbat boleh dipenjarakan sehingga 14 tahun atau diusir keluar dari Pakistan.

Tahun lepas, Sharbat pernah ditahan untuk kesalahan sama tetapi dilepaskan polis.

Sementara itu, jurugambar yang mengambil foto ikonik Sharbat ketika beliau berusia 12 tahun mahu menghulurkan bantuan.

"Beliau telah terseksa sepanjang hidupnya. Penahanan beliau ada menyalahi undang-undang kemanusiaan," kata jurugambar, Steve McCurry .

Steve McCurry merakam foto ikonik Sharbat yang digunakan secara meluas ketika Sharbat tinggal di sebuah penempatan Afghanistan, puluhan tahun lalu.- Sinar Harian
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.