Padah Tak Jaga Pantang Lepas Bersalin,Ibu Kerap Meroyan Hampir Bunuh Anak.

Arwah ibu saya ini kena sakit meroyan sebab arwah ibu pernah cerita semasa melahirkan saya, tiada sesiapa yang jaga waktu dia berpantang sampai terkena bentan.

Arwah ibu saya ini kena sakit meroyan sebab arwah ibu pernah cerita semasa melahirkan saya, tiada sesiapa yang jaga waktu dia berpantang sampai terkena bentan. 

Ibu kahwin dengan ayah di usia yang muda dan menumpang di rumah mertua. Sebab rumah ibu dan ayah sendiri masa itu jauh. Tambahan pula atok (ayah kepada arwah ibu) seorang yang panas baran.

Arwah ibu pernah bercerita, pernah sekali itu dia terasa lapar sangat di rumah sampai orang yang jaga ibu hulurkan mee sup (kalau tak silap) melalui tingkap. Kemudian orang itu beri amaran pada ibu kalau ada orang tanya pantang jaga elok tak, jawab elok sahaja. Kalau jawapan sebaliknya, siaplah.

Makan minum ibu memang tidak terjaga dan diberi makan macam-macam. Berkali-kali ibu terkena bentan. Sampai ke akhir hayat, kaki ibu yang dulunya cantik dan kecil saja jadi bengkak angin.

Sepanjang saya (masa kecil) duduk di rumah dengan ibu, saya memang selalu menjadi mangsa pukul. Memang teruk dipukul. Cakaplah apa saja, tak pernah rasa. Kalau adik menangis dan saya tak memujuknya, habis saya diterajangnya.

Satu hari itu, ibu pernah naik gila sampai teruk sangat saya dipukul. Kepalanya dihentak ke dinding berkali-kali, pisau pemotong daging ayam itu, ibu dah letak di leher saya. Masa itu saya menangis merayu meminta maaf pada ibu. Padahal saya buat kesalahan kecil sahaja.

Ceritanya, saya salah cakap pada seorang makcik ini. Ibu suruh beritahu makcik yang datang ke rumah, cakap ibu tak ada di rumah. Tetapi saya terlepas cakap yang ibu tengah mandi sebab masa kecilkan jujur.

Waktu sekolah, tak pernah lari rumah. Ibu dan ayah pun tak pernah dipanggil ke sekolah atas masalah disiplin. Serius saya tidak pernah buat masalah masa saya kecil dulu.

Selepas mak lepaskan pisau, bercalar-calar leher saya digesel pisau. Saya bukan mahu mengaibkan ibu, wallahi bukan. Saya sayang ibu saya.

Selepas itu, saya buat keputusan untuk masuk asrama ketika di tingkatan empat sebab saya sudah tidak tahan lagi. Saya uruskan permohonan masuk asrama sendiri. Sejak dari itu, saya berjauhan sikit dengan ibu.

Kami pernah pergi berubat sebab risau. Bila ibu nampak muka saya saja, dia nak mengamuk. Tetapi berubatlah cara apa pun, sama juga. Banyak lagi perkara yang berlaku. Tetapi saya tahu ibu saya asalnya adalah orang yang baik sangat.

Masa ibu sakit, saya jaga dia dan pernah melutut di tepi katilnya selepas doktor beritahu yang ibu tiada harapan untuk sihat semula.

“Ma.. kenapa semua ini terjadi? Akak cuma nak mama sembuh semula saja…” kata saya sambil menangis.

“Mungkin ini balasan untuk mama sebab tak suka kau dulu. Tapi kau tak tahu mama sayang sangat pada kau,” balas ibu.

Saya tak berdendam apa pun dengan ibu. Saya kaji dan siap baca banyak informasi mengenai meroyan ini. Saya rasa yakin sangat bahawa ibu saya meroyan long term effect sebab tak jaga pantang. Sebab itulah walaupun saya tak kahwin lagi, seboleh-bolehnya nak ambil tahu tentang ilmu berpantang ini sebab tak nak kesilapan yang sama berulang.

Dan selepas ibu dah tak ada, macam-macam kebaikan ibu buat secara diam-diam untuk saya. Saya tahu. Jadi, dia tidaklah sejahat seperti yang saya sangkakan ketika saya masih kecil dulu.

Ayah sampai sekarang tak pernah miss melawat kubur ibu setiap minggu. Kami percaya ibu orang yang sangat baik tetapi cuma dugaan ibu besar semasa hayatnya. Dengan sakit meroyan, kanser, buatan orang.

“Abah kenal mama yang sebenar-benarnya walaupun kau rasa mama tak sebaik apa yang abah cakap,” kata ayah.

Dulu bila setiap kali saya rasa nak memberontak selepas dipukul, rasa nak lari dari rumah. Tetapi ayah pesan,

“Apa pun terjadi, kau kena hormat dia. Dia bertarung nyawa nak melahirkan kau,”

Ibu menerima 24 jahitan sewaktu melahirkan saya.

Saya pernah baca post kak Susy cara nak mengurangkan meroyan adalah dengan beranak sekali lagi dan jaga pantang. Adik saya itu sebenarnya adik angkat. Ibu saya tak beranak lagi selepas melahirkan saya. Itulah sebabnya sakit meroyan ibu saya tak berkurangan.

Sebelum ibu saya berkahwin dulu, dia bukanlah seorang yang panas baran. Tapi bila meroyan begini, dia jadi seperti raksasa. Ungkit marah hal sama berulang kali walaupun sudah 10-20 tahun sudah berlalu. Memang teruk kesannya kalau tak jaga pantang.

Saya pernah cakap pada ayah kalau saya sebagai suami ibu, sudah lama saya ceraikan. Tetapi ayah memang penyabar dan kata dia tidak mahu kahwin lain kerana dia tahu ibu tengah menunggunya di ‘sana’.

Tetapi kes pisau di leher memang ingat sampai bila-bila.

Meroyan ini, dia macam ada dua watak diri yang berbeza. Ada masa dia akan menjadi ibu yang baik dan penyayang. Ada masa dia akan menjadi musuh ketat. Kena campak pasu bunga di muka, kena panggil babi apa semua saya sudah merasa. Cium pipi ibu pun masa raya sahaja.

Dia selalu buat saya benci. Tetapi di saat akhir nafas ibu, ibu baik sangat-sangat. Ibu masa itu dah tak mampu bercakap tetapi dia angkat tangan dan membelai muka saya. Dia cakap dia minta maaf pada saya, dia sayang saya sebenarnya tetapi dia tidak tahu kenapa dia melayan saya begitu.

Semoga roh ibu aman di sana, ditempatkan di kalangan orang beriman. Sesungguhnya ibu insan yang baik tetapi dugaannya besar. Saya, ayah dan adik sayang arwah ibu sangat-sangat. – Susylawati

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,442,Artis Dalam Negara,87,Artis Luar Negara,41,Berita Menarik,1129,Berita Semasa,1522,Binatang,6,Curang,6,Dera,5,Gambar,18,Islam,118,Kantoi Luar Negara,36,Kejam,35,Kemalangan,16,Kes Bunuh,35,Kes Kantoi,487,Kes Rogol,389,Kesihatan,96,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1358,Makanan,5,Maksiat,7,Movie,4,Movie Trailer,4,Perang,4,Politik,224,Politik Dalam Negara,30,Politik Luar Negara,5,Puasa,9,Pukul,9,Rogol Dalam Negara,18,Rogol Luar Negara,29,Rumah Tangga,372,Sedih,9,Seram,5,Sukan,149,Sukan Dalam Negara,14,Sukan Luar Negara,14,Sumbang Mahram,2,Video,636,Video Dalam Negara,47,Video Kantoi,31,Video Luar Negara,86,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Padah Tak Jaga Pantang Lepas Bersalin,Ibu Kerap Meroyan Hampir Bunuh Anak.
Padah Tak Jaga Pantang Lepas Bersalin,Ibu Kerap Meroyan Hampir Bunuh Anak.
Arwah ibu saya ini kena sakit meroyan sebab arwah ibu pernah cerita semasa melahirkan saya, tiada sesiapa yang jaga waktu dia berpantang sampai terkena bentan.
https://4.bp.blogspot.com/-0h6o6Vi_0AM/WAjEkP-9U7I/AAAAAAAASxQ/tSfunQ8O3LID4WgmkG9oCQGIviuKpt32ACLcB/s320/faiz-2.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-0h6o6Vi_0AM/WAjEkP-9U7I/AAAAAAAASxQ/tSfunQ8O3LID4WgmkG9oCQGIviuKpt32ACLcB/s72-c/faiz-2.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/10/padah-tak-jaga-pantang-lepas.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/10/padah-tak-jaga-pantang-lepas.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy