Pampers Anak Berdarah Dedah Perangai Binatang Suami
Hancur
hati seorang ibu apabila lelaki yang dipercayainya selama ini telah melakukan
perbuatan yang tidak sepatutnya terhadap anak perempuan mereka.
Luahan yang dimuat naik oleh Puan Nurul Kasmadillawati
Zakaria yang dihantar oleh ‘followernya’ di laman Facebook itu, mencetuskan
pelbagai reaksi netizen.
“Saya kongsikan untuk tatapan anda semua. Naluri seorang ibu
sangat kuat. Kalau terdetik dalam hati ada sesuatu yang tidak kena, jangan
dibiarkan. Semoga menjadi pengajaran,” katanya.
Menurut wanita yang tidak didedahkan namanya itu berkata,
anak perempuannya tidak pernah dihantar ke taska, sebaliknya dihantar ke rumah
mertuanya untuk dijaga bersama dengan anak saudara yang lain semenjak dari
kecil hinggalah besar.
“Ada sekali pampers anak saya berdarah dan dia menangis.
Saya tunjuk pada suami tetapi suami kata, kemaluan anak perempuan berdarah itu
adalah perkara biasa sahaja. Tetapi anak saya menangis menahan kesakitan dan
sudah banyak kali terjadi.
“Saya maklumkan pada suami bahawa apa yang berlaku pada
anak, bukan normal. Saya mengesyaki ada orang menjolok kemaluan anak saya.
“Si suami pun bertanya pada ibunya dan memaklumkan bahawa
dia tidak mengetahui apa-apa. Malah saya turut bertanya pada anak saudara
lelaki yang lepak di rumah ibu mertua agar jangan mengacau anak saya, namun
mereka semua tidak mengaku,” katanya.
Disebabkan hal itu, dia dimarahi oleh suami dan memberikan
amaran, jika dia mengadu sekali lagi tentang hal itu, dia akan menjatuhkan
talak terhadapnya.
“Anak saya selalu kata ‘Akit! Akit!’ (sakit). Hati ibu mana
yang tak sedih? Saya tak ada tempat nak mengadu dan terpaksa pendam seorang
diri,” luahnya.
Malah, dia pernah cuba untuk berhenti kerja namun dihalang
oleh suaminya. Tindakan lelaki itu seolah-olah dia tidak kisah dengan apa yang
berlaku pada anak mereka.
“Mungkin sebab anak duduk di rumah ibu dia, yang ada pun
anak saudara dia. Dia mungkin tak mahu memanjangkan cerita,” katanya yang masih
bersangka baik pada masa itu.
Pernah cuba menghantar anak ke tempat lain, namun dihalang
oleh suaminya kerana tidak percaya dengan orang lain. Memandangkan tiada
pilihan, dia terpaksa menghantar anaknya ke rumah ibu mertua.
Suaminya itu tidak pernah membantu menguruskan anak sejak
dari kecil, apatah lagi menolong memandikan anak mereka.
“Saya doa banyak-banyak, minta tuhan tunjuk pada saya apa
yang terjadi sebenarnya. Berbulan-bulan saya bersabar dan satu hari tuhan
tunjuk pada saya.
“Satu hari saya dengar dia cakap benda pelik dan tak
perlulah saya ceirta apa. Tetapi saya mula syak sesuatu. Suami saya tak pernah
sentuh pampers anak, tetapi bagaimana dia tahu ada tahi lalat di punggung anak?
Sedangkan tengok punggung anak pun tak pernah”
“Saya siasat dan tanya anak, apakah ayah dia pernah buka
seluarnya? Anak saya mengakui ayahnya ada berbuat demikian. Meraung saya!
Patutlah dia tidak mahu saya bising dan tak nak saya buat laporan polis.
Rupa-rupanya dia yang buat naya pada anak sendiri,” katanya.
Difahamkan, wanita itu kini telah keluar dari rumah dan
menetap di rumah ibunya sendiri dan sedang dalam proses perceraian.
“Saya dah berhenti kerja, block suami dari di telefon,
WhatsApp dan Facebook. Saya nak cari hidup baru,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan