Penangkap Ular Jadi Tumpuan, Lepaskan Beratus Ular Berbisa Dalam Hutan

Satu rakaman video yang memaparkan bagaimana 285 ekor ular berbisa dilepaskan ke dalam hutan di India, telah mengejutkan ramai.

Ada yang berasa geli melihatnya tidak kurang pula yang teruja dengan kecekapan penangkap ular berkenaan, Salem Khan yang tidak gentar berdepan dengan ular-ular terbabit.

Video berkenaan dirakamkan di hutan Panchmadhi berhampiran Bhopal. Menurut Salem, hutan itu dipilih sebagai lokasi ular terbabit memandangkan tiada orang yang menetap berhampirannya.

“Kami memilih untuk melepaskan ular ini pada waktu petang kerana ketika itu keadaan agak sejuk. Jika cuaca terlalu panas ia bakal mencetuskan masalah.

“Kami melepaskan 285 ular tikus selepas memastikan tiada manusia yang tinggal di kawasan sekitar,” katanya.

Salem mempunyai pengalaman menangkap ular sejak 30 tahun lalu dan pada hari yang sama, dia turut melepaskan 60 ular berbisa termasuk tedung senduk.

Jelasnya, ular-ular berkenaan dilepaskan ke dalam hutan dalam usaha menyelamatkan reptilia terbabit dan ular tersebut ditangkap di kawasan banglo milik individu-individu berpengaruh di Madhya Pradesh, termasuk Ketua Menteri, Shivraj Singh Chouhan dan beberapa sahabatnya.

Setiap bulan Salem menangkap kira-kira 100-200 ular setiap bulan dan dia turut digelar sebagai Salem Ular.

“Setakat ini saya telah menyelamatkan 220,000 ular di hutan Panchmadhi,” katanya.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.