Pencari Petai Jumpa Tapak Kaki Gergasi Didakwa Milik Hang Tuah

JEMPOL — Sembilan orang anak muda menemui kesan tapak kaki gergasi di atas sebuah batu besar di puncak Bukit Ulu Bayai kelmarin.tapak-kaki-didakwa-milik-hang-tuah

Kesan tapak itu, bersaiz 0.8 meter panjang dan 0.67 meter lebar, terletak di atas batu ketika mereka sedang mencari petai dan akar kayu, lapor Harian Metro.

Mohd Yazid Zakaria, jurucakap kumpulan itu dari Ulu Bayai Lama dan Ulu Bayai Baru, berkata mereka melihat tapak kaki besar itu selepas dua jam meredah perjalanan.

“Sebelum ini, kami pernah mendengar cerita orang kampung mengenai adanya tapak kaki besar di puncak Bukit Ulu Bayai. Apabila kami sendiri melihatnya, barulah kami sedar ia bukan mitos.

“Kesan tapak kaki kiri itu nampak ketara atas batu yang dipercayai hidup,” katanya.

Laporan itu juga menunjukkan foto kesan tapak tersebut.

“Saya dan rakan mengukur saiz tapak kaki itu dan berharap ada pihak pengkaji sejarah datang ke sini untuk membuat kajian.

“Pengkaji sejarah perlu datang membuat kajian kerana terdapat pelbagai persepsi terutamanya penduduk lama kampung ini.”

Menurut cerita penduduk, tapak kaki itu dikaitkan dengan Hang Tuah atau Malim Dewa.

“Semua tapak kaki gergasi ini berada atas batu,” kata Mohd Yazid. – MalayMail
Tapak Kaki Yang Ditemui Di Puncak Bukit Ulu Bayai Semalam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.