Pergaduhan Bersenjata Dua Kumpulan Kongsi Gelap Di Seremban.

Dua rakaman video menunjukkan kejadian pergaduhan bersenjata membabitkan dua kumpulan dipercayai kongsi gelap menjadi viral di laman sosial Facebook.


Dua rakaman video menunjukkan kejadian pergaduhan bersenjata membabitkan dua kumpulan dipercayai kongsi gelap menjadi viral di laman sosial Facebook.

Video masing-masing berdurasi 22 dan 24 saat menunjukkan dua kumpulan disertai lebih 10 lelaki bergaduh dengan saling menetak menggunakan parang serta kapak.

Malah, mereka turut dilihat memukul dengan menggunakan kayu dan kerusi plastik.

Kejadian dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah restoran di Seremban 2, di sini, Selasa lalu.

Berdasarkan rakaman itu, satu kumpulan dilihat menyerang kumpulan lain di kaki lima premis perniagaan berkenaan menyebabkan mereka bertempiaran lari.

Kumpulan itu juga dilihat menetak dan membelasah ahli kumpulan terbabit sebelum beredar.

Video berkenaan mula dimuat naik ke laman Facebook dengan menulis “Kalau tadi cangkul kali ni parang pula turun beraksi. Lokasi tepat tidak pasti tapi katanya berlaku kat seremban.”

Ia kemudian dikongsi lebih 500 pengguna Facebook dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut meminta pihak berkuasa mengesan suspek serta mengambil tindakan undang-undang.

Netizen turut mengecam kejadian pergaduhan itu yang berlaku di kawasan awam dan melahirkan rasa kebimbangan terhadap kewujudan kumpulan kongsi gelap.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Thiew Hock Poh ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan. – Harian Metro

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,403,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,22,Berita Menarik,981,Berita Semasa,1353,Islam,104,Kantoi Luar Negara,18,Kes Kantoi,437,Kes Rogol,356,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1209,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,356,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,549,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,39,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Pergaduhan Bersenjata Dua Kumpulan Kongsi Gelap Di Seremban.
Pergaduhan Bersenjata Dua Kumpulan Kongsi Gelap Di Seremban.
Dua rakaman video menunjukkan kejadian pergaduhan bersenjata membabitkan dua kumpulan dipercayai kongsi gelap menjadi viral di laman sosial Facebook.
https://3.bp.blogspot.com/-eee1aHhlFXE/WAnEgG0DMPI/AAAAAAAASz0/QdRyVO5rn0g0eqzdzgUJhpAH7t2GBpD-ACEw/s320/kakak.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-eee1aHhlFXE/WAnEgG0DMPI/AAAAAAAASz0/QdRyVO5rn0g0eqzdzgUJhpAH7t2GBpD-ACEw/s72-c/kakak.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/10/pergaduhan-bersenjata-dua-kumpulan.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/10/pergaduhan-bersenjata-dua-kumpulan.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy