Polis Buru Pegawai SPRM Pukul Isteri.

Polis kini sedang memburu seorang pagawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memukul isterinya.

Ketua Polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki berusia 37 tahun kini diburu bagi membantu siasatan tiga laporan membabitkan ugutan jenayah, keganasan rumah tangga dan penyalahgunaan dadah.

"Anggota SPRM ini sebenarnya anggota yang bermasalah, dia pon dah lari dari tugas jadi kita sedang mengesan untuk menangkapnya.

"Kita telah buka kertas siasatan selepas menerima tiga laporan terhadapnya dan kita mendapati dia juga terlibat dengan dadah," katanya dalam sidang media Hari Invovasi PDRM 2016, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan SPRM telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap pegawainya yang didakwa  memukul isterinya yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
SPRM dalam kenyataannya berkata, ia bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis susulan laporan polis yang dibuat mengenai dakwaan wanita itu.

"SPRM tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin sekiranya terbukti bersalah," kata kenyataan itu.-Sinar Harian
Wartawan Jalanan. Dikuasakan oleh Blogger.