Premis Jadi Sarang Pelacuran Diserbu

“Saya tak bawak perempuan, itu semua saya punya!,” herdik seorang pondan kepada penguat kuasa yang mempersoalkan pakaian wanita dan alat solek ditemui di dalam bilik sebuah bangunan dipercayai sarang pelacuran.

“Saya tak bawak perempuan, itu semua saya punya!,” herdik seorang pondan kepada penguat kuasa yang mempersoalkan pakaian wanita dan alat solek ditemui di dalam bilik sebuah bangunan dipercayai sarang pelacuran.

Pondan yang dipercayai sedang tidur dan hanya berseluar dalam itu bukan sahaja marah malah turut menghalau anggota penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang menyerbu premis berkenaan di Jalan Tun Ali, Bandaraya Melaka, di sini, semalam.

Serbuan itu diketuai Ketua Penguatkuasaan Jaim, Rahimin Bani dalam operasi bersepadu bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kira-kira jam 10.30 pagi.

Bagaimanapun, usaha pondan berusia 28 tahun berkenaan menghalau sekali gus mengelak daripada ditahan gagal berikutan penguat kuasa Jaim mempunyai waran tangkap terhadapnya yang tidak hadir ke mahkamah bagi kes berpakaian seperti wanita pada 2015.

Rahimin berkata, lelaki itu kemudian ditahan dan dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan Jaim sebelum dihadapkan ke Mahkamah Syariah Melaka atas kesalahan di bawah Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Melaka.

“Selain itu, tiga wanita termasuk dua warga asing berusia anggaran 20 hingga 50 tahun mengaku tinggal di bangunan tiga tingkat premis yang mempunyai hampir 30 bilik selepas diubah suai turut ditahan kerana disyaki terlibat aktiviti tidak bermoral.

“Pemeriksaan lanjut di dalam bilik masing-masing kita menemui tisu, kondom terpakai di dalam tong sampah dan banyak yang belum digunakan di dalam bilik mereka,” katanya.

Menurutnya, premis berkenaan diyakini menjadi sarang pelacuran kerana terdapat juga pelincir ditemui dipercayai digunakan untuk aktiviti seksual di dalam bilik yang kosong namun mempunyai tilam.

“Kita juga menahan seorang lelaki tempatan bersama seorang wanita warga Indonesia di dalam bilik sebuah restoran di tingkat bawah bangunan sama dan mereka gagal membuktikan sudah bernikah," katanya.-Sinar Harian

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,442,Artis Dalam Negara,87,Artis Luar Negara,41,Berita Menarik,1129,Berita Semasa,1522,Binatang,6,Curang,6,Dera,5,Gambar,18,Islam,118,Kantoi Luar Negara,36,Kejam,35,Kemalangan,16,Kes Bunuh,35,Kes Kantoi,487,Kes Rogol,389,Kesihatan,96,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1358,Makanan,5,Maksiat,7,Movie,4,Movie Trailer,4,Perang,4,Politik,224,Politik Dalam Negara,30,Politik Luar Negara,5,Puasa,9,Pukul,9,Rogol Dalam Negara,18,Rogol Luar Negara,29,Rumah Tangga,372,Sedih,9,Seram,5,Sukan,149,Sukan Dalam Negara,14,Sukan Luar Negara,14,Sumbang Mahram,2,Video,636,Video Dalam Negara,47,Video Kantoi,31,Video Luar Negara,86,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Premis Jadi Sarang Pelacuran Diserbu
Premis Jadi Sarang Pelacuran Diserbu
“Saya tak bawak perempuan, itu semua saya punya!,” herdik seorang pondan kepada penguat kuasa yang mempersoalkan pakaian wanita dan alat solek ditemui di dalam bilik sebuah bangunan dipercayai sarang pelacuran.
https://4.bp.blogspot.com/-4rtvSoDPcns/WArnv4vZOXI/AAAAAAAAS2U/BhP_cbIVNocMYCuxSoyO4FmXvTUVq4yHwCLcB/s320/kakak.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-4rtvSoDPcns/WArnv4vZOXI/AAAAAAAAS2U/BhP_cbIVNocMYCuxSoyO4FmXvTUVq4yHwCLcB/s72-c/kakak.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/10/premis-jadi-sarang-pelacuran-diserbu.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/10/premis-jadi-sarang-pelacuran-diserbu.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy