Remaja 17 Tahun Tergamak Membunuh Bayinya sendiri. "Saya Tak Tahu Encik, Siapa Ayahnya Yang Sebenar,"

Polis Daerah Asahan telah mengesahkan bahawa remaja perempuan berusia 17 tahun merupakan suspek utama pembunuhan seorang bayi yang baru di lahirkannya. Pihak polis masih sedang menjalankan penyiasatan bagi mengetahui siapa bapa kandung bagi bayi malang tersebut.

"Tertuduh ketika di soal siasat masih tidak mahu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis. Tertuduh mengaku bahawa dia sendiri tidak mengetahui siapa sebenarnya bapa kepada bayinya itu. Menyebabkan pihak polis sukar menyelesaikan kes ini dan terpaksa menjalankan siasatan lebih mendalam."


"Suspek belum mahu terbuka. Sebab dia mengaku tidak tahu siapa ayah bayi itu. Sebab, itu kita masih menyiasat kes ini, " kata Pegawai Commissioner Asahan Triyadi kepada pemberita hari ini.

Tertuduh membuat pengakuan bahawa dia nekad membunuh bayinya sendiri yang baru dilahirkan kerana tidak mahu keluarganya mengetahui bahawa dia telah melahirkan bayi hasil daripada hubungan luar nikah.

Tertuduh mengaku bahawa dia telah membunuh bayi lelakinya itu dengan cara menutup mulut bayi tersebut sehingga meninggal dunia.

"Tertuduh telah pun mengakui perbuatannya. Dia juga mengaku bahawa dia takut dan malu sehingga menyebabkannya nekad mengambil keputusan membunuh bayi hasil dari hubungan luar nikahnya itu," kata Triyadi.

Tertuduh mengatakan bahawa tiada sesiapa pun mengetahui kehamilnya selama 6 bulan termasuklah ibu bapa serta keluarganya.

Dia mengaku lagi bahawa dia telah mencuba untuk menggugurkan kandungannya itu, salah satunya dengan cara mengambil jamu tetapi tidak berjaya. Ketika di tanya mengenai bapa kepada bayi malang tersebut, tertuduh enggan memberitahu siapa sebenarnya bapa kepada bayi itu.

"Saya tak tahu encik, siapa ayahnya yang sebenar," katanya jujur kepada wartawan.

Perbuatan tertuduh tersebut mula di ketahui oleh orang kampung selepas menemui seorang bayi dalam keadaan berbungkus dengan mulut terikat sehelai kain dalam keadaaan sudah tidak bernyawa lagi. 

Setelah menemui mayat bayi tersebut, orang kampung terus melaporkan penemuan tersebut ke pihak polis Air Joman.

Hasil penyiasatan dan mengikut keterangan saksi-saksi, pegawai polis telah melakukan penankapan terhadap tertuduh kerana di percayai telah melarikan diri selepas mayat bayi tersebut di temui.

Triyadi mengatakan bahawa tertuduh telah berjaya di berkas ketika dia sedang menyembunyikan diri di rumah keluarganya di Kelurahan Mabar, Kecamatan Medan Deli, Kota Medan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.