Remaja Berusia 13 Tahun Maut Selepas Dipaksa Berpuasa.

Seorang remaja berusia 13 tahun meninggal dunia selepas dipaksa berpuasa selama 64 hari di Hyderabad, sebagai sebahagian daripada ritual sempena bulan yang dianggap suci oleh penduduk di situ, dikenali sebagai chaturmas.

Remaja itu, Kumari Aradhana, telah dipaksa berpuasa oleh keluarganya untuk mendapatkan tuah bagi keluarganya. Ia susulan kerugian yang dialami oleh bapanya, Laxmichand Sansadiya dalam perniagaan barang kemas.

Kumari hanya mengambil cecair selain tekanan darahnya menjadi rendah. Dia dibawa ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Siasatan kini dijalankan oleh polis selepas sebuah NGO, Balala Hakkula Sangham di situ mendesak agar pihak berkuasa menyiasat kejadian terbabit.

NGO terbabit mendakwa anggota keluarganya serta masyarakat di situ telah memaksanya berpuasa selama sekurang-kurangnya empat bulan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.