Rogol Dan Bunuh, Sebelum Makan Mayat Wanita Itu.

Dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah membunuh, menetak dan makan daging seorang wanita selepas merogolnya.

Dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah membunuh, menetak dan makan daging seorang wanita selepas merogolnya.

Mangsa, Nadezhda Avakumova, 31, mabuk ketika lelaki berkenaan menjemputnya ke sauna sebelum mereka bergilir-gilir melakukan hubungan seks.

Mahkamah diberitahu, wanita itu dikurung dan kemudian dikelar di leher selepas dia mengugut kedua lelaki untuk membuat laporan terhadap perlakuan rogol yang dilakukan kepadanya.

Selepas membunuh wanita itu, mereka menetak dan masak daging tubuh mangsa dan menghidangkan kepada rakan mereka yang lain dalam sebuah parti.

Kedua tertuduh ialah Kirill Nemykin dan Sergey Metlyayev, dari bandar Novokuznetsk di Siberia, Rusia.

Mangsa memberitahu lelaki berkenaan, dia tidak sedar apa yang berlaku ketika mereka melakukan hubungan seks dengannya kerana mabuk dan memberi amaran kepada kedua mereka untuk melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Berang dengan ugutan tersebut, mereka mengunci wanita itu di sebuah bilik bawah tanah di rumah salah seorang lelaki tersebut.

Lapor media tempatan, tertuduh Kiril Nemykin mengambil pisau dari meja, membuka bilik kurungan dan terus mengelar leher mangsa selepas wanita itu menjerit dan meminta pertolongan.

Mangsa meninggal dunia serta merta.

Pembantu pendakwa raya daerah Ordzhonikidze, Yana Prodchenko, Nemykin dan Metlyayev membawa mayat tersebut ke teres rumah.

"Metlyayev mengambil kapak dan mula memotong badan menjadi kepingan.

"Metlyayev mula makan daging manusia dan menawarkan kepada semua orang yang hadir ke parti di kediaman mereka untuk mencubanya," katanya dipetik Mirror.uk.

Mayat wanita itu kemudian dibungkus dalam beg plastik dan dibuang dalam tong di hujung jalan dan kembali meneruskan parti.

Insiden ngeri itu berlaku pada tahun 2014 dan mengambil masa dua tahun untuk perbicaraan mahkamah.

Kedua-dua lelaki berkenaan mengaku bersalah membunuh wanita itu dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.-Sinar Harian

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,403,Artis Dalam Negara,25,Artis Luar Negara,22,Berita Menarik,976,Berita Semasa,1353,Islam,104,Kantoi Luar Negara,18,Kes Kantoi,436,Kes Rogol,356,Kesihatan,84,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1207,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,7,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,354,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,548,Video Kantoi,10,Video Luar Negara,39,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Rogol Dan Bunuh, Sebelum Makan Mayat Wanita Itu.
Rogol Dan Bunuh, Sebelum Makan Mayat Wanita Itu.
Dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah membunuh, menetak dan makan daging seorang wanita selepas merogolnya.
https://3.bp.blogspot.com/-0s2_KDpZHjA/WArpYfYAerI/AAAAAAAAS2c/OMbXYO4hhP0HuvotxWvEHM1PJ4JuZrFFgCLcB/s320/kakak.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-0s2_KDpZHjA/WArpYfYAerI/AAAAAAAAS2c/OMbXYO4hhP0HuvotxWvEHM1PJ4JuZrFFgCLcB/s72-c/kakak.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/10/rogol-dan-bunuh-sebelum-makan-mayat.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/10/rogol-dan-bunuh-sebelum-makan-mayat.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy