Saya Tidak Layak Ditangkap Oleh Itu Saya Mengisytiharkan Perang Terhadap Bersih.

Datuk Seri Jamal Yunos menyifatkan penahanannya sebagai 'double standard' dan menggesa pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan adil.

Datuk Seri Jamal Yunos menyifatkan penahanannya sebagai 'double standard' dan menggesa pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan adil.

Bercakap kepada pemberita di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Dang Wangi, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata walaupun beliau memahami tanggungjawab polis dalam menjamin ketenteraman awam, beliau tidak boleh menerima penahanannya.

"Ia double standard dan satu penghinaan terhadap saya. Bayangkan perasaan isteri terutamanya anak-anak saya melihat bapa mereka ditahan dan digari sebaik tiba di balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Saya tidak layak menerima layanan sebegitu. Oleh itu, saya mengisytiharkan perang terhadap Bersih dan akan menggerakkan kumpulan Baju Merah ke seluruh negara untuk melawan Bersih," katanya pada Rabu.

Jamal yang dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 5 petang Khamis selepas direman selama dua hari berkata, polis juga patut menahan penyokong Bersih.

"Ia tidak adil bagaimana penyokong Bersih dilayan secara baik dan tiada daripada mereka ditahan sebaliknya mengadakan empat demonstrasi kerana cuba menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Kini mereka akan mengadakan demontrasi kelima.

"Semasa penahanan saya, beberapa penyokong mereka mengeluarkan kenyataan tidak berasas, sehingga ada yang mendakwa saya disyaki positif ganja. Di mana keadilan untuk perkara itu?," soalnya.

Pada masa sama, Jamal turut menafikan kumpulan Baju Merah mewakili Umno.

"Walaupun kami sebahagian daripada Umno, kumpulan Baju Merah tidak mewakili parti ketika berkumpul dan membantah demonstrasi Bersih," katanya.

Pada Rabu, Jamal ditahan berkaitan dakwaan insiden keganasan yang dikaitkan dengan kumpulan Baju Merah.-mStar Online

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,442,Artis Dalam Negara,87,Artis Luar Negara,41,Berita Menarik,1129,Berita Semasa,1522,Binatang,6,Curang,6,Dera,5,Gambar,18,Islam,118,Kantoi Luar Negara,36,Kejam,35,Kemalangan,16,Kes Bunuh,35,Kes Kantoi,487,Kes Rogol,389,Kesihatan,96,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1358,Makanan,5,Maksiat,7,Movie,4,Movie Trailer,4,Perang,4,Politik,224,Politik Dalam Negara,30,Politik Luar Negara,5,Puasa,9,Pukul,9,Rogol Dalam Negara,18,Rogol Luar Negara,29,Rumah Tangga,372,Sedih,9,Seram,5,Sukan,149,Sukan Dalam Negara,14,Sukan Luar Negara,14,Sumbang Mahram,2,Video,636,Video Dalam Negara,47,Video Kantoi,31,Video Luar Negara,86,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Saya Tidak Layak Ditangkap Oleh Itu Saya Mengisytiharkan Perang Terhadap Bersih.
Saya Tidak Layak Ditangkap Oleh Itu Saya Mengisytiharkan Perang Terhadap Bersih.
Datuk Seri Jamal Yunos menyifatkan penahanannya sebagai 'double standard' dan menggesa pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dengan adil.
https://4.bp.blogspot.com/-M6FEYB7EVwU/WAixm9NU3_I/AAAAAAAASwo/LxmVyxjiMoEZtJPjHVQZ6d9UDzmAQNjZACLcB/s320/kakak.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-M6FEYB7EVwU/WAixm9NU3_I/AAAAAAAASwo/LxmVyxjiMoEZtJPjHVQZ6d9UDzmAQNjZACLcB/s72-c/kakak.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/10/saya-tidak-layak-ditangkap-oleh-itu.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/10/saya-tidak-layak-ditangkap-oleh-itu.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy