Selesaikan Isu Berebut Harta Derma Atau Kami (JKM) Ambil Mereka

Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan campur tangan jika sekiranya hak penjagaan dua beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat nahas jalan raya pada Mei tahun lalu, gagal diselesaikan anggota keluarga.

Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan campur tangan jika sekiranya hak penjagaan dua beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat nahas jalan raya pada Mei tahun lalu, gagal diselesaikan anggota keluarga.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang kecewa dengan perebutan hak penjagaan Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 8, dan adiknya, Nur Firuza Aqilah, 5, berkata: “Jika keadaan luar kawalan, kami akan campur tangan.

“Kami memang ada hak mengambil penjagaan anak ini (diletakkan di institusi kebajikan) bagi kepentingan kanak-kanak itu. Namun, ia adalah pilihan terakhir. Apa yang saya utamakan ialah mereka diberi kasih sayang sepenuhnya.”

Ibu bapa dua beradik itu, Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta bayi perempuan tujuh bulan mereka, Nur Annisa Firuza maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya Duta Ulu Kelang (Duke), pada 2 Mei tahun lalu.
Menurut Rohani, beberapa hari selepas kemalangan itu, anggota keluarga dua beradik itu sepakat menyerahkan hak penjagaan kepada seorang anggota keluarga namun kini mereka pula bertelagah mendapatkan hak penjagaan.

“Pada masa itu, mereka memberi jaminan kepada kami. Ketika itu, saya amat gembira kerana ahli keluarga sepakat menjaga dua beradik itu dan JKM mahu hak penjagaan diberikan kepada ahli keluarga terdekat.

“Kini, apa yang berlaku amat mengecewakan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Pembangunan Wanita dan Keluarga di sini, hari ini.

Menurutnya, pihaknya sedang mendapatkan maklumat dan laporan lengkap berhubung keadaan dua beradik itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Ia adalah pertikaian keluarga. Saya harap mereka dapat selesaikannya supaya berada pada keadaan terbaik untuk menjaga dua kanak-kanak itu," katanya

Dua beradik itu kini dijaga Yusnidah Hussain, 48, kakak Allahyarham Fairuz Niza yang mendapat hak penjagaan sementara Amira dan Aqilah daripada mahkamah.

Namun, berlaku pertikaian berkaitan wang sumbangan orang ramai antara Yusnidah dengan adik beradiknya menyebabkan masalah itu ibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

COMMENTS

loading...
loading...
Nama

Artis,398,Artis Dalam Negara,22,Artis Luar Negara,18,Berita Menarik,964,Berita Semasa,1338,Islam,104,Kantoi Luar Negara,17,Kes Kantoi,435,Kes Rogol,354,Kesihatan,81,Kisah Nabi,1,Luar Negara,1190,Movie,4,Movie Trailer,4,Politik,202,Politik Dalam Negara,6,Politik Luar Negara,4,Puasa,5,Rogol Luar Negara,13,Rumah Tangga,350,Sukan,132,Sukan Luar Negara,11,Video,544,Video Kantoi,9,Video Luar Negara,36,
ltr
item
Wartawan Jalanan: Selesaikan Isu Berebut Harta Derma Atau Kami (JKM) Ambil Mereka
Selesaikan Isu Berebut Harta Derma Atau Kami (JKM) Ambil Mereka
Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan campur tangan jika sekiranya hak penjagaan dua beradik yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat nahas jalan raya pada Mei tahun lalu, gagal diselesaikan anggota keluarga.
https://2.bp.blogspot.com/-BOjmvz36mFI/WAlFeoViz2I/AAAAAAAASxw/wy9-K-w_JLsOCT6DPs2r-ojQee0ORqnAACLcB/s320/kakak.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-BOjmvz36mFI/WAlFeoViz2I/AAAAAAAASxw/wy9-K-w_JLsOCT6DPs2r-ojQee0ORqnAACLcB/s72-c/kakak.jpg
Wartawan Jalanan
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/10/selesaikan-isu-berebut-harta-derma-atau.html
http://wartawan-jalanan.blogspot.my/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/
http://wartawan-jalanan.blogspot.com/2016/10/selesaikan-isu-berebut-harta-derma-atau.html
true
2498543089934562241
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy