Suami Bunuh Diri Kerana Tidak Boleh Rujuk Semula Selepas Ceraikan Isterinya Dengan Talak 3.

Tekanan perasaan kerana perceraian talak tiga tak boleh dirujuk dipercayai menjadi punca seorang lelaki ditemui tergantung di ruang tamu rumahnya, di Kampung Banir Belikong di sini,  kelmarin.

Mangsa Mohamad Shahir bin Ahmad Shaimi berusia 25 tahun itu ditemui bapanya jam 4.15 petang ketika mengintai menerusi tingkap rumah lelaki itu.

Bapa mangsa kemudian memanggil MA Klinik Kesihatan Selising dan MA mengesahkan yang anaknya telah meninggal dunia.

Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati ada kesan jerutan pada leher dan ada kesan kelar pada pergelangan kiri dan kanan, menurut kata bapa mangsa anaknya itu telah mengelar tangannya  sendiri tetapi tidak dalam dan tidak dihantar kehospital.

Siasatan awal mendapati mangsa mempunyai masalah keluarga dimana dalam proses penceraian dengan isterinya yang telah balik kerumah keluarganya di Kg. Pala Gual Ipoh Tanah Merah.

Menurut bapa mangsa, anaknya Mohamad Shahir bin Ahmad Shaimi ingin merujuk balik dengan isterinya tetapi iman mengatakan beliau tidak boleh rujuk kerana telah bercerai talak tiga.

Beberapa jam sebelum kejadian bapa mangsa menyuruh seorang anak lelaki untuk meminta mangsa naik ke rumah bapanya yang berada bersebelahan untuk bertanyakan masalah rumah tangganya kerana mangsa dilihat dalam keadaan tertekan.

Pada jam 4.00 petang Mangsa di dapati membuat panggilan telefon dan bercakap di atas motor depan rumahnya.

Pada jam 4.15 petang mangsa dilihat belum naik ke rumah bapanya, bapa mangsa telah pergi ke rumah anaknya itu dan melihat melalui tingkap mendapati mayat anaknya dalam keadaan tergantung dengan wayar kabel eletrik, lalu bapanya meminta bantuan jiran untuk menurunkan mayat anaknya itu.

Mangsa dipercayai memanjat katil dua tingkat yang berada diruang tamu dan mengingkat wayar eletrik pada lehernya dan kayu alang rumah lalu melompat turun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abdul Rozak Mohamad, berkata mangsa dikatakan mengalami tekanan perasaan selepas bercerai, mayat didapati tidak ada unsur jenayah dan kematian disebabkan bunuh diri .katanya.

Mayat mangsa kemudian di bawa ke Bilik Mayat Hospital Tg. Anis Pasir Puteh untuk bedah Siasat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.