Khamis, 20 Oktober 2016

Uqasha Senrose Tutup Ruangan Komen Di Instagram, Tak Tahan Di Kecam Peminat.

Umum mengetahui Uqasha Senrose telah dikecam hebat apabila beliau membuat keputusan untuk nekad membuka hijabnya dahulu, namun kritikan itu seakan tidak pernah habis dan masih ramai meninggalkan komen negatif mereka di laman Instagram pelakon itu.

Tidak tahan terus diasak dengan kecaman, Uqasha dikatakan telah menutup ruangan komen di Instagramnya.

“Makin cantik dan bergaya Miss K lihat Uqasha sekarang dengan warna rambutnya yang semakin perang itu.

Miss K pun terus membuka akaun untuk melihat foto-foto lain Uqasha. 

Namun ketika Miss K ingin melihat komen-komen peminatnya di Instagram, Miss K perasan ruangan komen sudah tiada.

Yang tinggal hanya ruangan untuk pengikutnya ‘like’ sahaja”

“Miss K pun pelik, kenapa Uqasha tutup ruangan tersebut? Kasihan pengikut dan peminat Uqasha sebab dah tak boleh komen.

Adakah Uqasha menutup ruangan komen di Instagram itu disebabkan sudah tidak tahan dengan komen negatif yang diterima.

Mungkin dia sudah tidak mahu menghiraukan dan mahu terus pandang kehadapan,” tulisnya di ruangan Astro Gempak.

Bagaimanapun buat masa sekarang, Uqasha masih belum memberikan sebarang komen atau kenyataan mengenai tindakan beliau yang secara tiba-tiba menutup ruangan komen di Instagramnya.

Walau apapun, jika itu yang dirasakan terbaik buatnya untuk terus bergerak ke hadapan tanpa mempedulikan kritikan negatif di sekelilingnya, apa salahnya.-BERITA PREMIUM