Video Arab Saudi Berjaya Tepis Peluru Berpandu Yang Disasarkan Ke Makkah.
Tentera bersekutu Arab Saudi telah melancarkan operasi
mengebom pemberontak Houthi sejak Mei tahun lalu.
Arab Saudi menggunakan peluru berpandu Patriot untuk
memusnahkan misil pemberontak tersebut.
Tentera bersekutu berkata, pemberontak Houthi melancarkan
sebuah peluru berpandu ke arah kawasan Mekah petang kelmarin dari kubu kuat
mereka di wilayah Saada, berhampiran sempadan Arab Saudi-Yemen.
“Sistem pertahanan udara berjaya memintas dan memusnahkan
peluru berpandu itu kira-kira 65 kilometer dari Mekah tanpa sebarang
kerosakan" kata kenyataan tersebut.
Houthi mengesahkan pelancaran peluru berpandu balistik
Burkan-1 ke Arab Saudi dalam satu kenyataan kepada agensi berita rasmi mereka
pada Jumaat, tetapi menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz
di Jedah, lapangan terbang tersibuk negara itu.
Kumpulan itu mengawal sebahagian besar utara Yemen termasuk
ibu negara Sanaa bersama sekutunya, yang setia kepada bekas Presiden Ali
Abdullah Saleh.
Kota suci Mekah terletak lebih 500 kilometer dari sempadan
Arab Saudi-Yemen.
Ini kali kedua pada bulan ini pemberontak Houthi melancarkan
peluru berpandu pada jarak sebegitu jauh.
Pada 9 Oktober lalu, pakatan tentera Arab Saudi menyatakan,
pihaknya memintas sebuah peluru berpandu dekat Taif, lokasi pangkalan udara
Arab Saudi yang terletak sekitar 65 kilometer dari Mekah.
Ulasan
Catat Ulasan