Video Jalan Sesak Kerana UFO Lalu.

Gempar apabila kemunculan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) di sebuah lebuh raya baru-baru ini.

Kejadian juga sempat dirakam selama 27 saat, membuatkan pengguna jalan raya meninggalkan kenderaan masing-masing bagi melihat fenomena tersebut.

Portal Express.co.uk melapor­kan, objek itu pada awalnya dirakam menerusi kamera papan pemuka sehingga mendorong banyak pemandu memberhentikan kenderaan masing-masing dalam kejadian di bandar Guangzhou.

Berdasarkan tarikh pada video itu, insiden tersebut berlaku pada 8 April lalu, namun klip berkenaan hanya dimuat naik ke YouTube oleh seorang penulis blog UFO, Scott C Waring sehingga menjadi viral baru-baru ini.

“Ini merupakan contoh paling menarik tentang kemunculan sebuah UFO besar di China sehingga menarik orang ramai berkumpul di tengah-tengah lebuh raya di Guangzhou.

“Lebuh raya itu sesak dengan orang ramai yang cuba merakam detik tersebut dengan telefon bimbit masing-masing,” katanya.

Waring berkata, objek berbentuk cakera itu dirakam berlegar-legar di udara, sama seperti ciri-ciri UFO yang dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun, masih timbul banyak persoalan tentang ketulenan kejadian tersebut.

Seorang pengguna YouTube, Maverick mendakwa, agak lucu apabila ramai orang merakam kejadian itu dengan sumber insiden hanya boleh didapati di laman perkongsian video tersebut.

Tidak kurang pula yang mendakwa insiden itu adalah sebahagian daripada iklan komersial.-Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.